KKM Belanja RM137 Juta Setahun Selenggara Klinik Kesihatan

klinik kesihatan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membelanjakan RM137 juta setahun untuk menyelenggara 201 klinik kesihatan di seluruh negara di bawah Perkhidmatan Sokongan Klinik (PSK) dengan kontrak selama lima tahun bermula 2022.

PSK adalah program penyelenggaraan bukan komprehensif yang melibatkan penyelenggaraan kemudahan kejuruteraan dan perkhidmatan pembersihan. Dalam tempoh lima tahun lalu, 65 klinik kesihatan telah siap dibina dengan kos RM1,156,572,795 dan kini beroperasi untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat.

klinik kesihatan

KKM juga sedang mempertimbangkan kerjasama dengan klinik kesihatan swasta untuk perkhidmatan pencegahan, promosi dan kuratif. Langkah ini sedang diteliti sebagai usaha untuk menjadi lebih kos efektif.

Menjawab soalan mengenai persiapan menghadapi ancaman pandemik, KKM sedang membina Pusat Kawalan Penyakit Negara setaraf dengan CDC Amerika Syarikat. Kos bagi pusat kawalan di Bandar Enstek, Negeri Sembilan ini bernilai RM500 juta . Projek ini diluluskan di bawah Rolling Plan 4 (2019-2020) RMK-11.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Selain itu, KKM terus memperbaiki prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan kesiapsiagaan dan respon terhadap pandemik di semua peringkat. Kementerian juga sedang membangunkan dua jenis vaksin COVID-19 melalui penyelidikan di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Proses ini dijangka memakan masa lima hingga tujuh tahun sebelum boleh digunakan.

Pembangunan vaksin ini diterajui bersama oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan KKM dengan kerjasama antara agensi kerajaan dan swasta. Vaksin perlu terbukti berkesan dan selamat melalui kajian klinikal fasa satu hingga tiga sebelum ia dapat digunakan.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *