Tawau Miliki Skate Park Kedua Sabah: Pusat Tarikan Baharu Belia

skate

TAWAU – Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Alfred Angin, menghadiri majlis perasmian projek pembinaan taman permainan sukan lasak ‘skate park’ yang diadakan di Kompleks Sukan Tawau. Kehadiran beliau menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha mengembangkan sukan lasak di negeri Sabah.

“Untuk negeri Sabah, sukan lasak adalah sesuatu yang baharu,” kata Datuk Ellron. Beliau turut menekankan bahawa skate park ini adalah taman kedua seumpamanya di Sabah selepas yang pertama dibina di Kota Kinabalu pada tahun 2009.

skate

Skate park di Tawau ini dibina dengan kos sebanyak RM3 juta dan dijangka menjadi pusat tumpuan belia-belia di Tawau. Datuk Ellron optimis bahawa fasiliti ini akan membantu mengembangkan sukan papan luncur. Selain itu mencari bakat-bakat baharu yang berpotensi untuk mewakili negeri Sabah dan Malaysia di peringkat lebih tinggi.

“Skate park ini akan digunakan sepenuhnya oleh belia-belia di Tawau untuk mengembangkan sukan ini dan mencari bakat-bakat baharu,” tambah beliau. Dengan adanya kemudahan ini, diharapkan lebih ramai peminat sukan lasak papan luncur akan muncul dan aktif dalam aktiviti sukan ini.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Memenuhi Permintaan Pembinaan Kemudahan Sukan

Datuk Ellron turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah. Hal ini kerana, keprihatinan beliau dalam memberi peruntukan yang besar untuk pembangunan belia dan sukan di negeri ini. Beliau berharap peruntukan akan terus disalurkan pada masa hadapan. Hal ini untuk memenuhi permintaan pembinaan kemudahan sukan di tempat dan daerah lain yang belum mendapat perhatian yang sewajarnya.

“Dengan keprihatinan ketua menteri, kita akan melihat tempat lain dan daerah lain yang belum lagi mendapat kemudahan sukan seperti apa yang dilihat di Tawau,” ujar beliau. Harapan tinggi diletakkan agar dengan adanya sokongan yang berterusan, sukan lasak di Sabah akan terus berkembang dan melahirkan lebih banyak atlet yang berjaya.

skate

Majlis perasmian skate park di Tawau ini merupakan satu langkah besar ke arah pengembangan sukan lasak di Sabah. Diharapkan taman ini akan memberi impak positif kepada pembangunan sukan dan belia di negeri ini.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *