Dua Lelaki Ditahan Bersama 20 Kilogram Syabu di Sabah

syabu

KOTA KINABALU – Dua lelaki, termasuk seorang remaja, ditahan bersama lebih 20 kilogram dadah jenis syabu. Syabu tersebut dianggarkan bernilai RM667,729.44 pada 30 Julai lalu. Kedua-dua suspek, yang berusia 18 dan 29 tahun, ditangkap oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ketika memasuki negeri ini melalui dua lapangan terbang berasingan.

Aktiviti penyeludupan dadah tersebut berjaya dikesan ketika mereka cuba melepasi pemeriksaan di dua lapangan terbang sebaik tiba dari Semenanjung Malaysia. Penolong Ketua Pengarah Kastam Sabah, Siti Mang, menyatakan bahawa suspek pertama ditahan pada jam 12.30 tengah hari di Lapangan Terbang Tawau.

 Siti Mang (tengah) menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas susulan penahanan dua lelaki di dua lapangan terbang di Kota Kinabalu dan Tawau.

“Hasil imbasan imej terhadap beg suspek mendapati terdapat 10 bungkusan plastik hijau kuning jenama ‘Guangyiwang’ yang mencurigakan. Pemeriksaan lanjut mengesahkan bungkusan tersebut mengandungi 10.199 gram dadah berbahaya dengan nilai anggaran RM326,389. Suspek terus ditahan bersama dadah tersebut untuk siasatan lanjut,” katanya dalam sidang media di Wisma Penguatkuasaan Sepanggar, hari ini.

Bertindak atas maklumat, suspek kedua berjaya ditahan kira-kira jam 1 petang. Suspek ditahan ketika cuba melepasi pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). “Pemeriksaan mendapati suspek membawa bagasi berisi 10 bungkusan mengandungi dadah seberat 10.194 gram. Suspek, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun, kini sedang disiasat. Hal ini untuk mengenal pasti sama ada terdapat kaitan dengan suspek pertama,” tambah Siti.

“Kedua-dua kes ini sedang disiasat lanjut bagi mengesan sebarang jaringan sindiket yang lebih besar . Selain itu memastikan tindakan undang-undang diambil terhadap semua yang terbabit,” jelasnya. Menurut Siti, modus operandi dalam kes ini melibatkan penggunaan bungkusan plastik hijau jenama ‘Guanyinwang’ yang diseludup masuk ke negara ini melalui kapal penumpang.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Hukuman Mati Jika Disabit Kesalahan

“Kedua-dua kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan,” katanya.

Siti juga menegaskan bahawa aktiviti penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi kehilangan hasil, tetapi turut mengancam keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Orang ramai disarankan bekerjasama memerangi jenayah penyeludupan dengan menyalurkan maklumat di talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855. Kastam memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat akan dirahsiakan,” tambahnya.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *