Seminar e-Invois Peringkat Negeri Sabah Disambut Meriah

e-invois

Kota Kinabalu – Usaha berterusan dalam memperkasa agenda nasional kerajaan menerusi pelaksanaan e-Invois kini diperluaskan ke negeri Sabah. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) Sabah, dengan kerjasama Persatuan Kota Kinabalu Chinese Chambers of Commerce & Industry (KKCCCI) dan The Federation of Chinese Associations Sabah (FCAS), telah menganjurkan Seminar e-Invois di Sabah International Convention Centre (SICC).

e-invois

Siri jelajah ini merupakan agenda utama HASiL untuk membuka ruang komunikasi dua hala antara HASiL dan pemain industri di pelbagai peringkat. Melalui maklum balas serta cadangan berkaitan pelaksanaan e-Invois, HASiL bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan sebagai agensi pemudah cara dalam kalangan masyarakat. Seminar ini telah dihadiri oleh hampir 1,500 peserta termasuk pengamal percukaian, badan profesional, dan ahli Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) yang sedang dan bakal melaksanakan e-Invois.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL. Turut hadir ialah YBhg. Tan Sri DSP (Dr) T.C. Goh, Presiden FCAS; YBhg. Datuk Michael Lui Yen Sang, Presiden KKCCCI; YBhg. Datuk Hisham Rusli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan); YBrs. Encik Shaharuddy Othman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian); dan Encik Azrul Hisham Shamsudin, Pengarah Negeri HASiL Sabah. Taklimat ini disampaikan oleh YBrs. Dr. Rasyidah Che Rosli, Pengarah Seksyen Bahagian e-Invois.

Dalam ucapannya, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin menyatakan bahawa peralihan sistem e-Invois ini adalah cabaran besar, terutamanya kepada peniaga Kecil dan Sederhana di Sabah. Namun, HASiL komited untuk menyediakan sokongan teknikal dan panduan bagi menyelesaikan isu yang timbul semasa pelaksanaan sistem ini. Beliau juga menyeru semua pihak untuk bekerjasama dengan HASiL demi mencapai hasrat kerajaan membina persekitaran ekonomi dinamik serta evolusi pendigitalan perniagaan.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *