Isu Keselamatan di Taman Ambar Park Perlu Diberi Perhatian

taman ambar park

TAWAU – ADUN Kukusan, YB Rina Hj Jainal, menekankan kepentingan meningkatkan keselamatan di kawasan Dewan Terbuka Taman Ambar Park berikutan beberapa insiden keselamatan yang melibatkan individu luar yang menggunakan kawasan tersebut sebagai tempat lepak dan melakukan perbuatan tidak bermoral.

Dalam ulasan beliau, Rina mencadangkan agar pihak berkuasa menjalankan lebih banyak rondaan dan pemantauan di kawasan ini. Sebagai langkah awal, pihaknya mencadangkan pemasangan pagar dan lampu solar di kawasan berkenaan untuk meningkatkan keselamatan.

taman ambar park
Rina ketika ditemubual media

Beliau turut menggesa orang awam untuk bersama-sama menjaga kawasan ini demi kebaikan masyarakat setempat. Menurut beliau, kawasan ini pernah dilengkapi dengan ‘grandstand’, namun ia dirosakkan sebelum diubah menjadi dewan terbuka.

Dalam masa yang sama, beliau juga turut mengulas mengenai Program Jualan Rahmah Madani anjuran Pejabat ADUN Kukusan turut diadakan dan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Ini merupakan kali pertama program ini diadakan di Taman Ambar Park, dan ia menawarkan potongan harga sebanyak 30% untuk barangan keperluan asas. Program ini bertujuan membantu meringankan beban kewangan penduduk tempatan. Rina juga menyatakan bahawa program jualan ini akan diperluaskan ke kawasan lain seperti Kampung Jawa.

taman ambar park
Rina mendekati masyarakat yang hadir ke proram jualan

Taman Ambar Park, yang menempatkan 210 buah rumah dengan kira-kira 600 penduduk. Kawasan ini terletak berhampiran kawasan seperti Kampung Muhibbah, Taman Riang, dan Kampung Sentosa. Program ini diharapkan dapat memberikan manfaat besar kepada komuniti setempat.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *