Pemandu Positif Dadah Merempuh Tujuh Kenderaan di Tawau

positif dadah

TAWAU – Polis telah menangkap seorang lelaki yang didapati positif dadah selepas terlibat dalam kemalangan yang melibatkan tujuh kenderaan di Batu 3, Jalan Apas, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Bin Hussin, memaklumkan bahawa kejadian berlaku sekitar jam 5:07 petang apabila kereta jenis Perodua Kenari yang dipandu suspek berusia 32 tahun hilang kawalan dan merempuh beberapa kenderaan. Dalam insiden tersebut, kenderaan tersebut melanggar sebuah SUV, sebuah MPV, serta sebuah Perodua Bezza yang sedang parkir di kawasan tersebut.

May be an image of 5 people and text

“Suspek memandu Perodua Kenari dari arah Jalan Apas menuju ke Jalan Kubota apabila kenderaan tersebut hilang kawalan. Kemudian merempuh tiga kenderaan yang sedang diparkir di kawasan tersebut,” jelas ACP Jasmin.

Selain itu, suspek juga merempuh tiga kenderaan lain, termasuk sebuah motosikal yang berhenti di simpang lampu isyarat Jalan Apas. Penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan dan telah mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Besar Tawau sebagai pesakit luar.

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Hasil ujian awal saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine. Suspek kini ditahan dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 44 (1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Rakaman CCTV yang tular di media sosial menunjukkan kenderaan yang terlibat merempuh beberapa kenderaan. Kejadian ini termasuklah melanggar motosikal yang sedang parkir serta berhenti di persimpangan jalan. Kemalangan ini menyebabkan enam kenderaan mengalami kerosakan teruk, manakala sebuah motosikal juga rosak akibat rempuhan tersebut.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *