TAWAU – Tan Sri Liew Yun Fah, Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, menekankan kepentingan mengenang jasa para pejuang yang telah menumpahkan darah demi mempertahankan negara sehingga mencapai kemerdekaan.
Dalam ucapannya sempena Karnival Ambang Merdeka di Tawau, beliau mengingatkan masyarakat agar tidak melupakan pengorbanan mereka walaupun kini hidup dalam keadaan selesa dan aman damai. Beliau juga mengajak generasi muda untuk menghargai erti perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum di Tawau.
Karnival Ambang Merdeka, yang berlangsung di tapak letak kenderaan Bataras Hypermarket selama tiga hari. Program ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk rakyat setempat. Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan masyarakat, tetapi juga meningkatkan kesedaran tentang sejarah perjuangan negara.
Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah
Parti Harapan Rakyat Sabah, yang diamanahkan oleh kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), memainkan peranan penting dalam membantu rakyat yang memerlukan.
Beliau mengajak semua pihak untuk membantu secara ikhlas dalam menyebarkan maklumat mengenai usaha kerajaan. Hal ini termasuklah maklumat seperti bantuan kemiskinan dan projek perumahan SMJ, yang bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat.
Dalam peranannya, kerajaan GRS terus memberi tumpuan kepada usaha-usaha memajukan negeri dan memperbaiki ekonomi rakyat. Dengan itu program seperti Karnival Ambang Merdeka sebagai platform penting untuk memperkukuh perpaduan dan kebersamaan di kalangan masyarakat.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.