SK Tanjung Batu Keramat Johan Bicara Berirama

bicara berirama

TAWAU – Pertandingan Bicara Berirama peringkat daerah Tawau berlangsung dengan jayanya, dianjurkan bersama oleh SK Batu 22 Balung dan SMK Wakuba. Dalam kategori sekolah rendah, SK Tanjung Batu Keramat dinobatkan sebagai juara. Diikuti SK Bandar dan SK Batu 22 Balung di tempat kedua dan ketiga.

Manakala, bagi sekolah menengah, SMK Tawau muncul juara, diikuti oleh SMK Balung dan SMK Abaka. SK Tanjung Batu Keramat dan SMK Tawau turut memenangi anugerah Skrip dan Konduktor Terbaik. Keputusan ini dipetik daripada hantaran di Facebook Deti Paider.

bicara berirama

Pertandingan ini bukan sahaja mempamerkan bakat dan kreativiti pelajar tetapi juga melatih mereka dalam kemahiran berkomunikasi yang berirama dan berkesan.

Sebagai rekod, SK Tanjung Batu Keramat pernah mencipta sejarah dengan menjadi juara dalam Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Kebangsaan pada tahun 2022. Pertandingan ini terus menjadi platform untuk mengasah bakat pelajar dalam seni bicara berirama dan memupuk keyakinan mereka di peringkat awal.

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Memetik hantaran di Facebook Rahmat Bin Ariffin yang merupakan Guru Besar bagi Sekolah Tanjung Batu Keramat, beliau tidak ketinggalan untuk memberikan penghargaan kepada mereka yang banyak berjasa dalam membimbing pasukan-pasukan ini.

Ucapan penghargaan ditujukan buat Jurulatih iaitu Cikgu Mariyanti Sardi dan Penolong Kanan Kokurikulm Cikgu Saharun Yusop. Selain itu, ucapan penghargaan juga diberikan kepada PIBG, ibu bapa yang terlibat, serta PPD Tawau, semuanya berperanan penting dalam kejayaan ini. Dengan fokus seterusnya ke peringkat negeri dan kebangsaan, diharapkan semoga perjalanan pasukan ini dipermudahkan dan mencapai kejayaan yang lebih besar.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *