Sambutan Kemerdekaan Indonesia di Tawau Tarik Lebih 700 Pengunjung

kemerdekaan indonesia

TAWAU – Konsulat Republik Indonesia di Tawau berjaya menganjurkan program Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Kemerdekaan Republik Indonesia ke-79 dengan penuh meriah. Acara ini mendapat sambutan hangat daripada kakitangan konsulat serta masyarakat Indonesia yang berada di Tawau, yang dianggarkan berjumlah lebih 700 orang.

Ketua Konsulat Republik Indonesia di Tawau, Aris Heru Utomo, menyatakan kegembiraannya melihat semangat nasionalisme yang tinggi dalam kalangan masyarakat Indonesia di sini. “Masyarakat hadir sejak awal pagi, teruja untuk menyambut hari kemerdekaan Indonesia kali ini,” ujar beliau. Tambahan pula, beliau menekankan bahawa kehadiran ramai ini membuktikan masyarakat di Tawau tidak melupakan tanah air mereka.

kemerdekaan indonesia

Acara sambutan ini bukan sahaja menjadi medan untuk memperingati detik bersejarah, tetapi juga memperkukuhkan identiti kebangsaan. Tema ulang tahun kali ini, “Nusantara Baru, Indonesia Maju,”. Perkara ini berkait dengan perpindahan ibu negara ke Nusantara sebagai satu langkah penting dalam memajukan Indonesia.

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Selain acara utama, pelbagai program lain turut diadakan sebelum ini. Antara program yang berlangsung adalah program sukan dan pertandingan untuk kanak-kanak. Selain itu turut berlangsung program “Consulate Goes to CLC,” yang bertujuan memberi pendedahan kepada anak-anak sekolah tentang misi dan visi negara Indonesia.

kemerdekaan indonesia

Aris Heru Utomo juga mengingatkan masyarakat Indonesia di Tawau untuk sentiasa mematuhi undang-undang negara Malaysia. Perkara ini sesuai dengan pepatah “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.” Tambah beliau, pertukaran budaya dan kerjasama ekonomi antara Indonesia dan Malaysia, khususnya di Tawau, perlu diperkukuhkan lagi.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *