SMK Tawau Kekalkan Kejuaraan Di MSS Daerah Tawau

TAWAU – Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Tawau (MSSDT) telah menjadi acara yang dinanti-nantikan setiap tahun. Majlis perasmian tahun ini telah disempurnakan oleh Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah merangkap ADUN Apas.

Nizam menegaskan bahawa kejohanan ini memainkan peranan penting dalam melahirkan bakat atlet baharu. Terutama dari kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di Tawau.

sukan
Datuk Nizam ketika ditemubual media

Beliau juga berharap agar pasukan MSSDT dapat mempertahankan kejuaraan di peringkat MSS Sabah yang akan berlangsung pada bulan September nanti. Pada sesi-sesi sebelum ini, Tawau telah menjadi juara selama lima tahun berturut-turut. Dengan latihan dan kesungguhan semua pihak, beliau yakin kejuaraan ini dapat dikekalkan.

Untuk melahirkan lebih ramai atlet, Sabah juga mengadakan Sukan Sabah atau Sabah Games (SAGA) setiap dua tahun bagi mencungkil bakat baharu dalam kalangan atlet muda.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Nizam mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam pengurusan dan penganjuran kejohanan ini. Sambutan yang meriah bukan sahaja datang dari peserta tetapi juga daripada ibu bapa yang hadir memberi sokongan sepanjang lima hari kejohanan berlangsung.

Komitmen dan kesatuan semua pihak telah menjadikan program ini berjaya dianjurkan dengan baik. Kejohanan MSSDT tahun ini telah mempertandingkan 172 acara dengan penyertaan 1,444 atlet dalam kategori umur 12 hingga 18 tahun.

sukan
Penyampaian hadiah kepada para pemenang

Peserta terbaik bawah 18 tahun, lelaki, dimenangi oleh Mohd Firdaus dari Kolej Vokasional Tawau dan peserta terbaik wanita dimenangi oleh Nurul Ain Batrisya dari SMK Kuhara. Juara keseluruhan kejohanan ialah SMK Tawau, diikuti oleh SMK Pasir Putih dan SMK Kuhara.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *