Tawau Marathon 2024: Kejayaan Luar Biasa Warga Tawau

marathon
TAWAU – Tawau Marathon 2024 mencatat sejarah sebagai acara maraton pertama yang diadakan di Tawau, hasil usaha gigih warga Tawau sendiri melalui kumpulan Tawau Runners. Acara ini telah berjaya menghimpunkan 2,300 pelari dari seluruh Sabah dan 15 negara luar, menjadikannya satu kejayaan besar yang patut dibanggakan oleh masyarakat setempat.

Tawau Marathon 2024 menawarkan empat kategori larian jarak jauh, iaitu 42km, 21km, 10km, dan 5km. Sambutan yang diterima amat menggalakkan, dengan penginapan di hotel dan homestay di Tawau ditempah sepenuhnya oleh peserta yang datang dari luar daerah. Kemeriahan acara ini dirasai oleh seluruh masyarakat Tawau, yang turut terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan kelancaran acara.

marathon

Majlis perasmian Tawau Marathon 2024 disempurnakan oleh Datuk Andi Suryady, ADUN Tanjung Batu merangkap Pembantu Menteri Industri dan Keusahawanan Sabah. Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa acara ini bukan sahaja membanggakan, tetapi juga mampu membantu menaikkan sosioekonomi setempat. Beliau turut mengharapkan agar acara ini dapat diteruskan dan dijadikan acara tahunan yang lebih besar di masa hadapan.

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Idea untuk mengadakan Tawau Marathon ini sebenarnya telah timbul sejak tahun 2021. Dengan inspirasi daripada acara larian serupa yang diadakan di Kota Kinabalu dan Sandakan. Tawau Runners telah mengambil serius dalam merealisasikan idea ini, dan akhirnya berjaya mengadakan acara yang diimpikan. Datuk Andi Suryady juga menyarankan agar Tawau Marathon dimasukkan dalam kalendar pelancongan Sabah iaitu Sabah Tourism Board dan World Marathon.

Pemenang bagi kategori 42km untuk acara lelaki terbuka adalah Wilsen Singgin, Syahrul Betzam Sukasdi dan Hung Pham. Manakala untuk acara 42km perempuan terbuka pula dimenangi oleh Chang Nong, Hasnita Binti Asis dan Chan Do. Dennis Isika daripada Kenya menempah nama sebagai pemenang bagi kategori 42km lelaki veteran diikuti Milton Amat dan Tivel Peter. Bagi kategori 42km perempuan veteran pula dimenangi Hien Nguyen, Li Min Ho dan Selfiah Swunto.

marathon

Sambutan Luar Biasa

Sambutan daripada masyarakat Tawau amat luar biasa, dengan kerjasama yang baik daripada pelbagai agensi berkaitan. Pihak penganjur juga berterima kasih kepada sektor swasta yang telah memberikan sokongan dan tajaan untuk acara ini. Selain itu, berharap lebih banyak tajaan akan diperolehi pada masa akan datang.

Tawau Marathon 2024 perlu terus diangkat dan disokong. Hal ini bukan sahaja sebagai acara sukan tetapi juga sebagai platform untuk mempromosikan Tawau sebagai destinasi larian maraton yang menarik di peringkat negeri, negara, dan antarabangsa.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *