TAWAU – Program Tawau 4X4 Merdeka Challenge 2024 adalah salah satu usaha untuk meraikan Hari Kebangsaan ke-67 pada 31 Ogos 2024. Selain itu, turut memperingati Hari Sabah yang ke-61, yang diwartakan oleh Kerajaan Negeri Sabah. Program dihadiri dan dirasmikan oleh Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, ADUN Apas merangkap Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah.
Datuk Nizam dalam ucapannya memuji usaha penganjuran program ini yang juga mendapat kerjasama erat dari pihak swasta, terutamanya Institut Memandu Daya Cara yang dipimpin oleh Encik Izzlan. Sokongan dari pihak swasta, yang turut menaja program ini, adalah contoh bagaimana semua pihak memainkan peranan penting dalam menanamkan kecintaan kepada negara. Institut ini patut dijadikan contoh teladan bagi pihak swasta yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab sosial mereka.
Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah
Selain meraikan kemerdekaan, Datuk Nizam turut menekankan pentingnya memperjuangkan hak Sabah dalam konteks Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Beliau menegaskan bahawa perjanjian yang dipersetujui semasa pembentukan Malaysia harus dipenuhi oleh Kerajaan Persekutuan. Hal ini demi kemajuan dan pembangunan Sabah yang masih ketinggalan berbanding kawasan lain di Malaysia. Harapan beliau adalah agar segala tuntutan ini dapat dimuktamadkan dengan segera.
Program yang berlangsung selama tiga hari di Bandar Sri Indah ini turut menampilkan cabaran laluan yang sukar bagi pemandu 4×4. Dengan penyertaan sebanyak 70 kenderaan dari dalam dan luar Sabah adalah bukti bahawa semangat patriotisme dan perpaduan dapat disatukan melalui aktiviti-aktiviti mencabar seperti ini.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.