Sejak didiagnosis, Eileen telah menerima rawatan untuk pemulihan nutrisi, namun kesihatannya semakin merosot. Penyakit hati tahap akhir ini memerlukan tindakan segera. Satu-satunya jalan penyelesaian untuk menyelamatkan nyawanya ialah menjalani pemindahan hati secepat mungkin.
Keluarga Eileen memilih untuk mendapatkan rawatan di Hospital Renji, Shanghai, China atas faktor peratusan kesembuhan yang tinggi.
Kos perubatan yang tinggi menjadi cabaran utama keluarga Baby Eileen. Pemindahan hati ini dianggarkan menelan kos RM250,000, satu jumlah yang besar dan di luar kemampuan keluarganya.
Oleh itu, mereka kini sedang mengumpulkan sumbangan daripada orang ramai dan mengharapkan belas ihsan dari seluruh masyarakat untuk membantu menyelamatkan nyawa Eileen.
Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah
Menurut doktor pakar yang merawat Eileen, setiap detik adalah penting dan pembedahan ini adalah jalan terakhir untuk menyelamatkan anak kecil mereka.
Sumbangan dan sokongan orang ramai adalah amat diperlukan untuk membantu meringankan beban kewangan keluarga Eileen. Setiap sumbangan, kecil atau besar, akan membawa mereka lebih dekat kepada sasaran RM250,000 yang diperlukan. Sumbangan ini akan digunakan untuk membiayai pembedahan dan rawatan susulan di China.
Sumbangan Orang Ramai
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh melakukannya melalui akaun Maybank 012352428518 atas nama Putriani binti Yunus, ibu kepada Eileen. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh diajukan kepada ayah Eileen, Hafiz Harith di nombor telefon 013 872 6693 atau ibu Eileen, Putriani Yunus di 010 542 1571.
Keluarga Baby Eileen berharap agar seluruh masyarakat dapat bersama-sama membantu dalam usaha ini. Mereka juga memohon doa agar Eileen dapat kembali sihat seperti sediakala. Bantuan kewangan dan sokongan moral amat dihargai dalam perjuangan ini untuk memberikan Eileen peluang untuk terus hidup. Dengan sokongan anda, nyawa Eileen dapat diselamatkan.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.