Pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diingatkan agar fokus sepenuhnya pada pelajaran. Datuk Ruji mengingatkan pelajar agar tidak mengambil mudah persediaan SPM. Hal ini kerana keputusan peperiksaan ini adalah penentu masa depan pelajar, terutamanya untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi.
Beliau juga menasihati pelajar agar meninggalkan sebarang aktiviti yang tidak penting buat sementara waktu. Hal ini untuk memberi perhatian penuh pada mata pelajaran yang lemah.

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah
Datuk Ruji turut menzahirkan kebanggaannya terhadap Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuhara, yang telah banyak melahirkan pelajar cemerlang. Ramai alumni sekolah tersebut kini memegang jawatan penting di pelbagai sektor. Beliau juga merupakan alumni SMK Kuhara dan berharap pelajar yang sedang belajar sekarang dapat mengikuti jejak langkah alumni terdahulu dan mencapai kejayaan besar pada masa akan datang.
Selain melawat SMK Kuhara, Datuk Ruji yang baru bertukar portfolio daripada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), turut melawat beberapa sekolah lain di Tawau. Sekolah yang terlibat adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Quok Ming dan Sekolah Kebangsaan (SK) Ranggu. Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri keadaan sekolah-sekolah di daerah tersebut. – Utusan Borneo
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.