Hospital Tawau Siap dengan Fasiliti Moden, Langkah Besar untuk Kesihatan Awam

hospital
TAWAU – Bangunan tambahan bagi Hospital Tawau akan beroperasi tidak lama lagi. Keperluan terhadap bangunan ini amatlah tinggi. Terutama dikalangan masyarakat di Tawau yang memerlukan rawatan.
Tan Sri Liew Yun Fah, Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, mengadakan lawatan ke Hospital Tawau yang telah berjaya disiapkan meskipun menghadapi pelbagai cabaran. Pembinaan hospital ini, yang tertangguh akibat pandemik COVID-19, kini telah siap mengikut jadual asal.
hospital
Dengan kos pembinaan hampir RM210 juta, hospital ini merupakan hasil usaha Kerajaan Madani dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), serta sokongan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tan Sri Liew Yun Fah menyatakan kebanggaan terhadap kemudahan moden hospital ini yang sebelum ini tidak terdapat di Tawau. Kemudahan seperti helipad dan MRI kini menjadi kenyataan, menyediakan perkhidmatan yang sebelum ini hanya terdapat di Sandakan atau hospital swasta.

Lebih membanggakan, hospital ini juga dilengkapi dengan bilik rawatan kelecuran, satu kemudahan yang sebelum ini hanya terdapat di Kota Kinabalu.

Lawatan tersebut juga mendedahkan keperluan penambahbaikan klinik kesihatan di kawasan luar bandar, dengan harapan kerajaan akan terus menaiktarafkan perkhidmatan kesihatan di kawasan tersebut.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Namun, terdapat cabaran yang perlu diatasi seperti masalah kekurangan doktor pakar. Tan Sri Liew berharap Menteri Kesihatan, Dr. Zulkifli, dapat menyelesaikan isu ini agar infrastruktur ini dapat beroperasi sepenuhnya tidak lama lagi.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas komitmen kerajaan dalam menyelesaikan masalah kesihatan yang dihadapi masyarakat Tawau.

Pembinaan ini bukan sahaja menyediakan kemudahan perubatan yang moden tetapi juga memberi jaminan bahawa kesihatan masyarakat Tawau terus diutamakan.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *