Hubungan Diplomatik Antara Indonesia dan Sabah Diperkuat

TAWAU – Konsulat Republik Indonesia (KRI) di Tawau komited memperkuatkan hubungan diplomatik antara Indonesia dan Sabah. Khususnya di daerah Tawau, Kunak, Lahad Datu, Kalabakan, dan Semporna. Ketua KRI di Tawau, Aris Heru Utomo, menyatakan kepentingan kerjasama dalam pelbagai bidang seperti sosial budaya, pendidikan, perlindungan warga negara Indonesia (WNI), serta ekonomi dan perdagangan di kawasan perbatasan.

indonesia

KRI berharap kerajaan Sabah akan memberi perhatian kepada pendidikan anak-anak warga Indonesia yang bekerja di ladang melalui Community Learning Center (CLC), dan mempercepatkan pengurusan dokumen untuk memastikan pendidikan berjalan lancar.

KRI juga memohon agar kerajaan Sabah melaksanakan program pemutihan terhadap warga Indonesia yang tidak memiliki dokumen sah. Hal ini membolehkan mereka bekerja secara sah dan memberikan manfaat kepada majikan tempatan.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Kerjasama ekonomi kedua-dua negara turut menjadi agenda penting, terutamanya selepas pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan Timur. Aris menyatakan bahawa kerjasama dalam pembangunan infrastruktur di kawasan perbatasan seperti Simanggaris dan laluan pengangkutan udara antara Tawau dan Tarakan perlu diperkuat.

Selain itu, KRI berharap agar Sabah terus membantu mempercepatkan pembangunan hubungan perniagaan dan infrastruktur perbatasan. Langkah ini dilihat sebagai satu kemajuan penting dalam menangani masalah pekerja WNI yang datang tanpa dokumen. Selain itu, menyediakan persekitaran yang lebih selamat bagi majikan dan pekerja.

indonesia

Perbincangan turut menyentuh tentang peningkatan laluan perdagangan dua hala melalui laut, darat, dan udara. KRI di Tawau optimis bahawa kerjasama yang lebih erat ini akan memberikan manfaat besar kepada kedua-dua negara. Terutamanya di peringkat perbatasan yang kini semakin penting selepas pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *