Diadakan di Eastern Cineplax, Eastern Plaza, acara ini dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Negaraku dan Sabah Tanah Airku. Ini bukan sekadar tayangan filem biasa, tetapi juga satu usaha yang sangat efektif dalam menyemai semangat patriotik dalam kalangan komuniti setempat.

Dengan gabungan semangat kebangsaan dan elemen hiburan, program ini berjaya mewujudkan suasana yang penuh kebanggaan. Terutama dalam konteks sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2024 serta Hari Kemerdekaan yang baru sahaja berlalu pada 31 Ogos.
Program ini dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Daerah Tawau dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.69 Sri Tanjong dan ADABI sebagai penaja bersama.
Dengan penyertaan komuniti Madani dari pelbagai latar belakang, acara ini menunjukkan bagaimana elemen sejarah dan hiburan dapat digabungkan untuk memupuk rasa cinta kepada negara.

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah
Filem Takluk menjadi pilihan tepat dalam menyampaikan mesej kemerdekaan dan pengorbanan. Ia diharapkan dapat dijadikan acara tahunan, bersempena dengan sambutan hari-hari kemerdekaan. Hal ini bagi meningkatkan lagi semangat patriotik dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda.
Ini juga membuktikan bahawa usaha menyebarkan kesedaran dan semangat kemerdekaan tidak terhad kepada upacara formal sahaja. Tetapi boleh diterapkan melalui pelbagai medium, termasuk filem yang sarat dengan nilai sejarah dan pengajaran.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.