Cabaran Penganjuran Bola Sepak: Memastikan Keselamatan dan Mutu Permainan di Peringkat Komuniti

bola sepak

TAWAU – Penganjuran Bola Sepak di daerah ini harus melalui Persatuan Bola Sepak Tawau (SAFA Tawau) atas beberapa faktor. Presiden SAFA Tawau, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menegaskan bahawa setiap penganjuran perlawanan bola sepak di Tawau harus melalui SAFA Tawau bagi memastikan ia berjalan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Sekaligus mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti pergaduhan dan kekacauan. Beliau juga menekankan bahawa pengadil yang dibekalkan oleh SAFA adalah bertauliah, untuk memastikan mutu dan kualiti permainan bola sepak di Tawau terus meningkat.

bola sepak

Datuk Nizam yang juga ADUN Apas ditemui dalam aktiviti perlawanan persahabatan sempena penganjuran Program Stylofest. Program ini dianjurkan oleh Mami Didi Entertainment yang dimiliki oleh Artis Tempatan, Didie Alias. Program ini berlangsung di Kompleks Sukan Tawau telah berlangsung dengan meriah, sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 dan Hari Sabah ke-61.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Program tiga hari ini membawa pelbagai aktiviti, termasuk perlawanan persahabatan antara Pasukan Pilihan Tawau FA dan Mak Jemah FC. Pasukan Mak Jemah FC merupakan sebuah pasukan yang terdiri daripada artis-artis popular Malaysia seperti Johan Rajalawak, Atu Zero, Syaiful Zero, dan Mamak Puteh.

bola sepak

Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menyampaikan ucapan terima kasih kepada warga Tawau atas sokongan mereka terhadap program ini yang mendekatkan rakyat dan masyarakat Tawau. Beliau juga mengalukan usaha kerajaan Sabah yang menyokong penganjuran program-program yang mendekati rakyat, seperti Stylofest. Program ini turut memberi peluang kepada usahawan untuk mempamerkan dan menjual produk mereka, serta membantu meningkatkan pendapatan.

Program Stylofest ini juga berjaya menarik ramai pengunjung dari pelbagai kaum, sekali gus memperkukuhkan perpaduan dan kesatuan negara. Datuk Nizam turut mengalukan mana-mana pihak untuk menganjurkan program yang serupa di masa hadapan.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *