Menurut laporan Kumpulan Maritim Filipina (PNP Maritime Group), kumpulan ini didakwa sedang bercuti di Semporna, Sabah, sebelum tersasar ke perairan Filipina ketika memancing. Tindakan ini melanggar undang-undang Imigresen dan Maritim negara tersebut, kerana mereka tidak memiliki dokumen yang sah untuk memasuki wilayah tersebut.

Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Kompeni Marin ke-24 di Panglima Alari, Sitangkai, sebelum dipindahkan ke Bongao, Tawi-Tawi, untuk proses siasatan dan dokumentasi oleh Biro Imigresen (BI). Filipina memandang serius pelanggaran sempadan maritim dan akan memastikan tindakan undang-undang diambil.
Operasi ini adalah sebahagian daripada Projek SALBABIDA. Projek ini merupakan sebuah inisiatif PNP yang bertujuan memantau dan menjaga sempadan maritim Filipina. Hal ini termasuklah melindungi sumber alam sekitar, serta mencegah aktiviti haram seperti kemasukan tanpa kebenaran. PNP Maritim, dengan kerjasama tentera laut dan darat, bertekad untuk terus memelihara kedaulatan dan keselamatan sempadan maritim negara.

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah
Sebagai langkah lanjut, semua individu yang terlibat akan disenaraihitamkan dan dihalang daripada memasuki Filipina di masa hadapan. Perkara ini akan berlaku sebaik sahaja proses pengusiran mereka selesai. Ini adalah sebahagian daripada usaha PNP untuk menegakkan undang-undang Imigresen dan Maritim dengan lebih ketat bagi mengawal sempadan negara.
Sumber : HeadquartersMaritimeGroup
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.