TAWAU – Ahli-ahli di kawasan Sebatik memahami dengan jelas perjuangan GRS sebagai salah satu rakan kongsi dalam kerajaan Sabah, yang dipimpin oleh Ketua Menteri Sabah.
Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan, menyampaikan ucapan tahniah kepada GRS cawangan Sebatik yang dipimpin oleh Datuk Hasan Ghani, atas kejayaan menghimpunkan 143 cawangan yang berdaftar.
Dalam mesyuarat tahunan bahagian Sebatik baru-baru ini, lebih 1,000 perwakilan hadir, menunjukkan tahap komitmen dan semangat ahli yang sangat tinggi. Acara ini turut diserikan dengan perasmian oleh Datuk Hasan Ghani sendiri, mencerminkan sokongan kuat terhadap kepimpinan GRS.
Beliau memuji usaha yang dilakukan oleh kerajaan Sabah sepanjang empat tahun pemerintahannya, dengan banyak pencapaian yang berjaya diraih. Antara kejayaan besar adalah usaha kerajaan dalam mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri ini. Hal ini menjadi satu keutamaan dalam agenda pembangunan Sabah.
Selain itu, perjuangan hak Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) juga dilihat semakin berhasil. Pemberian khas kepada Sabah telah ditingkatkan daripada RM300 juta pada tahun ini, dan akan dinaikkan kepada RM600 juta pada tahun hadapan.
Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah
Datuk Nizam memuji Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menunjukkan keprihatinan dan kesungguhan dalam memahami dan memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah dan Sarawak.
Datuk Nizam juga menegaskan bahawa kestabilan politik adalah asas kepada pembangunan negeri. Menurut beliau, selama mana politik Sabah terus stabil, selama itulah usaha pembangunan negeri akan dapat dijamin. Hal ini termasuklah dalam aspek ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Fahami Aspirasi Dan Hasrat
Selain itu, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sebatik, Datuk Hasan Ghani akan terus memberi perhatian terhadap keperluan rakyat di akar umbi. Selain itu turut perlu memahami aspirasi dan hasrat mereka.
Kehadiran lebih 1,000 perwakilan di mesyuarat tersebut mencerminkan keyakinan yang tinggi terhadap kerajaan pimpinan GRS. Para perwakilan ini, merupakan lambang kepada perpaduan dan kesatuan rakyat Sabah yang menyokong penuh usaha kerajaan untuk terus memacu pembangunan di negeri ini.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.