Kerjasama Sabah-Semenanjung Diperkuat Tuntut Hak Negeri Sabah

semenanjung

TAWAU – Kekuatan kerajaan negeri Sabah yang terbentuk hasil kerjasama erat dengan parti-parti dari Semenanjung Malaysia, khususnya Pakatan Harapan (PH).

Perkara ini diterangkan oleh YB Kolonel Kehormat Datuk Haji Nizam Abu Bakar Titingan, Ketua Penerangan PGRS dan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, di dalam majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Balung.

Menurutnya, Perdana Menteri Kesepuluh memberikan komitmen baik dalam memberikan hak-hak yang dituntut bagi Negeri Dibawah Bayu ini, terutamanya dalam menuntut pelaksanaan sepenuhnya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

sabah
Datuk Nizam menerima cenderahati daripada Datuk Hamild

Datuk Nizam menyatakan bahawa komitmen Perdana Menteri untuk memulihkan hak Sabah, termasuk pelaksanaan MA63, selari dengan agenda perjuangan kerajaan negeri. Kerjasama ini juga membolehkan tuntutan Sabah dihormati di peringkat nasional, dan hasilnya, banyak hak negeri dikembalikan.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Beliau turut terharu dengan kerjasama yang terjalin antara parti-parti dari Semenanjung. Hal ini kerana kerajaan dan parti tersebut menyokong usaha GRS dalam menjaga kepentingan dan hak rakyat negeri ini. “Kita perlu menerima hakikat bahawa kerajaan yang ada pada hari ini adalah hasil daripada kerjasama erat antara negeri ini dan parti-parti dari Semenanjung,” tambahnya.

sabah
Datuk Nizam ketika ditemui media

Dalam majlis tersebut, Datuk Nizam turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Hamild Awang, Ketua Bahagian PGRS Balung. Hal ini disebabkan kejayaan beliau memimpin 126 cawangan parti yang kini mempunyai 7,500 ahli. Dengan sekitar 6,000 pengundi berdaftar di kawasan tersebut, Balung dianggap sebagai ‘fixed deposit’ bagi PGRS. Kawasan tersebut diyakini akan memenangi kerusi tersebut dalam pilihan raya akan datang.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *