Di Sabah, 29 profesional telah menyertai ProSPEC, dengan 16 daripadanya telah memulakan perniagaan. Salah satu contoh kejayaan ialah U.N.I Klinik milik Dr. Fazliana Edora Abdul Kadir, anak jati Tawau yang berpengalaman lebih 9 tahun. Klinik ini, yang akan beroperasi sepenuhnya pada bulan Oktober, diharap mampu membantu komuniti Tawau melalui perkhidmatan kesihatan yang mampu milik.
Dato’ Zulfikri Bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, menyatakan bahawa 220 peserta di seluruh Malaysia telah mengikuti ProSPEC. 13 usahawan lain dijangka memulakan perniagaan mereka pada hujung tahun ini. Inisiatif besar MARA ini bukan sahaja membantu golongan profesional bumiputera menjadi usahawan tetapi juga mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan setempat.

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah
MARA akan terus memperkasakan program ini dengan ekosistem perniagaan yang lengkap, merangkumi latihan, pinjaman perniagaan, dan fasiliti sokongan. Hal ini untuk memastikan anak bangsa terus maju dari peringkat pendidikan sehingga menjadi usahawan berjaya.

Dalam masa yang sama, Dato’ Zulfikri juga berkesempatan untuk mengadakan lawatan ke premis perniagaan salah seorang usahawan MARA dalam bidang Spa Kecantikan yang diberi nama AORA SPA. 3 cawangan telah beroperasi di Tawau, Kota Kinabalu dan Papar.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.