Dua Kebakaran Berasingan Musnahkan Rumah di Tawau

kebakaran

TAWAU – Dua insiden kebakaran melibatkan beberapa rumah berlaku di Tawau, menyebabkan beberapa keluarga kehilangan tempat tinggal. Dalam kejadian pertama, tiga buah rumah separuh kekal di Lorong Melur 4 Kampung Baru Pasir Putih juga musnah dalam kebakaran. Pihak BBP Tawau menerima panggilan kecemasan pada jam 1.19 pagi dan segera menghantar 20 anggota ke lokasi.

Api berjaya dikawal menggunakan tiga aliran air dari jentera bomba dan pili berhampiran. Operasai turut dibantu dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan RELA. Tiada laporan kecederaan diterima, dan siasatan forensik sedang dijalankan untuk mengetahui punca kejadian serta jumlah kerugian.

kebakaran

Sementara itu, pada awal pagi yang sama,Balung Kokos, tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah kongsi pekerja musnah terbakar sekitar 8.06 pagi.

Kebakaran melibatkan satu blok tiga pintu, namun tiada kecederaan dilaporkan. Pasukan bomba, diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin, segera bertindak memadamkan api. Operasi tamat pada jam 9.23 pagi.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Kedua-dua insiden ini telah menimbulkan keprihatinan masyarakat setempat, dan siasatan lebih lanjut diperlukan untuk menentukan faktor penyebab kebakaran.

Kedua-dua insiden kebakaran ini memperlihatkan pentingnya kesedaran tentang keselamatan kebakaran dalam kalangan masyarakat. Usaha proaktif dari pihak bomba serta kerjasama dengan agensi lain seperti PDRM, APM, dan RELA berjaya memastikan kebakaran dikawal sebelum ia merebak ke kawasan lain.

Namun, kejadian sebegini juga menekankan keperluan untuk lebih banyak langkah pencegahan bagi situasi tidak diingini di kawasan-kawasan perumahan, terutamanya di kawasan yang melibatkan rumah kongsi dan rumah separuh kekal, bagi mengelakkan tragedi yang lebih besar pada masa akan datang.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *