Tawau Menjadi Destinasi Perlawanan Persahabatan Sabah FC

TAWAU – Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Persahabatan antara Sabah FC dan Tawau FA baru-baru ini memberi fokus pada tinjuan awal di Kompleks Sukan Tawau. Pengarah Sabah FC, Mohd Joh Wid, berterima kasih kepada Tawau FA kerana menerima kunjungan Sabah FC. Tambahan juga beliau memuji sambutan awal masyarakat Tawau terhadap bola sepak.

Tawau dipilih sebagai destinasi jelajah Sabah FC selepas Keningau kerana sokongan masyarakat yang memberangsangkan di daerah ini terhadap sukan Bola Sepak. Selain itu juga, sesi jelajah ini juga digunakan untuk mempromosikan Tawau sebagai satu destinasi tumpuan di sabah

Sabah FC

Mohd Joh Wid juga menyatakan harapan untuk melihat bakat-bakat muda tempatan dari Tawau. Hal ini kerana Tawau merupakan antara kawasan dengan ramai peminat bola sepak. Beliau berharap perlawanan ini dapat menjadi platform untuk mengenal pasti potensi pemain lokal bagi meningkatkan kuota pemain asal Sabah dalam pasukan kelak.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Selain perlawanan persahabatan, pelbagai aktiviti menarik turut dirancang seperti sesi bertemu peminat pasukan dan penjualan barangan ‘merchandise’ pasukan. Selain itu juga, beberapa aktiviti untuk pertemuan bersama akademi bola sepak akar umbi turut diadakan. Ini akan memberikan peluang kepada penduduk Tawau untuk lebih dekat dengan pemain pasukan kegemaran mereka.

sabah fc

Kaunter jualan tiket akan dibuka beberapa hari sebelum hari perlawanan. Harga tiket akan dijual dengan harga RM15 untuk tempat duduk berbumbung dan RM10 untuk tempat duduk terbuka. Sesi taklimat mesyuarat ini turut dihadiri oleh Naib Presiden SAFA Tawau, Tuan Hj Rahman Sampe; Naib Presiden 3 SAFA Tawau, Tuan Ismail Awang dan Setiausaha SAFA Tawau, Tuan Fazlih Ahmad, yang turut menyokong usaha ini dalam mempromosikan bola sepak tempatan.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *