TAWAU – Sabah Gaming Carnival yang ke-9 telah berlangsung dengan meriah di Dewan Masyarakat Tawau. Program ini menarik minat golongan muda yang semakin meminati sukan elektronik (e-sport).
Acara ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan permainan video popular seperti Tekken, FIFA, dan beberapa permainan lain.
Sabah Gaming Carnival
Selain itu, para pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman unik melalui aktiviti percuma seperti real driving simulation dan flight simulator yang dianjurkan oleh Lensa Aviasi Tawau. Program ini turut mempamerkan kreativiti dengan pertandingan cosplay, yang mendapat sambutan hangat dari komuniti setempat.
Dianjurkan oleh Kelab Sukan Tokoneo, dengan Sofizar Usrah sebagai pengerusi. Acara ini bukan sahaja memberikan platform bagi masyarakat muda untuk menyalurkan minat dan bakat dalam sukan elektronik, tetapi juga memberi peluang untuk bertanding ke peringkat lebih tinggi.
Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah
Menggalakkan Penyertaan Sihat
Aktiviti seperti ini penting untuk mencungkil bakat dan menggalakkan penyertaan sihat dalam bidang e-sport yang semakin berkembang di peringkat tempatan dan global.
Sabah Gaming Carnival juga berperanan penting dalam memupuk semangat bersaing secara sihat serta membina jaringan sosial dalam kalangan pemain e-sukan tempatan.
Program ini turut memberi ruang kepada para peserta untuk belajar dan bertukar pengalaman sesama mereka. Selain itu, turut mengukuhkan sokongan komuniti terhadap industri sukan elektronik yang semakin berkembang.
Dengan acara seperti ini, diharapkan lebih ramai bakat baharu dapat diketengahkan, sekaligus meletakkan Sabah di peta e-sukan tempatan dan antarabangsa.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.