Pemilihan Calon Berwibawa di Akar Umbi Jadi Fokus Parti Warisan

warisan

TAWAU – Parti Warisan kini lebih menumpukan perhatian pada pemilihan calon yang dikenali di peringkat akar umbi menjelang pilihan raya yang akan datang.

Pada Mesyuarat Agung Warisan 2023 Bahagian Kalabakan bersama sayap Wanita, Wira, dan Wirawati, Naib Pengerusi Warisan, Dr. Daud Hj Yusof, menyatakan bahawa menegaskan bahawa pemilihan calon daripada peringkat akar umbi sangat penting. Hal ini untuk mengelakkan calon yang tidak dikenali oleh rakyat.

Melalui inisiatif ini, parti akan melibatkan bahagian untuk menyenaraikan calon-calon berpotensi. Setelah itu satu jawatankuasa khas akan melakukan tinjauan bagi memahami kehendak rakyat. Ini bertujuan memastikan calon yang dipilih adalah individu yang dikenali dan dihormati di kawasan masing-masing.

warisan
Dr. Daud ditemui media ketika mesyuarat agung

Dr. Daud turut menyatakan kekuatan Warisan di P191 Kalabakan masih kukuh, dibuktikan dengan kehadiran ramai perwakilan. Ketika ditanya mengenai kemungkinan kerjasama dengan parti tempatan seperti GRS, Dr. Daud menyatakan sokongan terhadap gabungan bersama parti tempatan. Namun, beliau menekankan, semua ini tertakluk kepada keputusan pimpinan tertinggi.

Beliau juga menekankan pentingnya wakil dari parti tempatan Sabah sendiri dalam Parlimen untuk bersuara dengan lebih kuat, mengikut contoh Sarawak yang mempunyai autonomi politik tersendiri.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Akta Lompat Parti Main Peranan Penting

Warisan juga komited memastikan pemilihan calon dari peringkat akar umbi bagi meningkatkan peluang kemenangan di kawasan yang ditandingi. Dengan lebih 26 kerusi Parlimen di Sabah termasuk Labuan, akta lompat parti dijangka memainkan peranan penting. Terutama dalam memastikan kestabilan politik dan pilihan raya akan datang menjadi lebih telus dan adil.

warisan
Mesyuarat Agung Tahunan yang dihadiri oleh Tetamu Khas dan Ahli Parti

Ketua Bahagian P191 Kalabakan merangkap ADUN Merotai, YB Saripudin Hata, menyatakan bahagian tersebut kini mempunyai 269 cawangan dan lebih 19,000 ahli. Beliau menegaskan bahawa pilihan raya bukan sekadar saingan politik tetapi merupakan agenda besar yang akan membawa perubahan bermakna kepada rakyat. Walaupun kerajaan sedia ada akan terbubar pada September 2025, pilihan raya mungkin diadakan lebih awal.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *