Keutamaan Bantuan Telus dan Infrastruktur Asas dalam Belanjawan Sabah 2025

belanjawan

TAWAU – Belanjawan Sabah yang dibentangkan sebelum ini sering menumpukan kepada aspek pembangunan mampan dan kesejahteraan rakyat.  Hal ini memfokuskan pada penyediaan bantuan untuk golongan B40, pembangunan infrastruktur, serta usaha mengatasi isu kemiskinan dan memperkukuhkan ekonomi negeri.

Datuk Andi Suryady Bin Bandy, Pembantu Menteri Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, menegaskan beberapa aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam Belanjawan Sabah 2025.

Menurutnya, bantuan kewangan seperti pemberian one-off RM5,000 kepada peniaga dan penjaja serta program Sentuhan Kasih bernilai RM300 setahun harus dilaksanakan dengan telus. Hal ini memastikan bantuan sampai kepada golongan B40, miskin, dan miskin tegar yang benar-benar layak. Perbezaan kategori penerima perlu ditekankan agar penyampaian lebih berkesan dan saksama.

belanjawan
Andi menyampaikan cenderakenangan kepada tetamu jemputan yang hadir

Beliau turut menekankan isu infrastruktur asas seperti bekalan air dan penyelenggaraan jalan raya. Masalah paip air yang sudah usang, seperti kejadian paip bocor di Taman Awam Muhibbah, memerlukan tindakan segera kerana usia paip yang mencecah 35 tahun.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Selain itu, jalan Merotai-Kalabakan yang mengalami kerosakan akibat trafik berat perlu diperbaiki secara berkala dengan penyelenggaraan lebih berkesan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Turun Padang Perpaduan Sosial yang berlangsung di Dewan KK Hamid, Tanjung Batu Laut. Datuk Andi menyatakan komitmen kerajaan negeri untuk terus mendekati masyarakat melalui pelbagai aktiviti, termasuk sukan rakyat.

belanjawan
Andi ketika ditemubual media

Program ini, anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sabah, merupakan platform penting untuk merapatkan hubungan antara masyarakat. Setelah dianjurkan di Felda Umas dan Parlimen Tawau, program ini berjaya menarik minat belia untuk mengisi masa hujung minggu. Terutama dengan aktiviti yang bermanfaat selain memperkukuh perpaduan sosial.

Datuk Andi berharap usaha ini akan membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui belanjawan yang lebih responsif dan berfokus kepada keperluan asas masyarakat.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *