Peranan NGO dalam Melestarikan Alam Sekitar

TAWAU – Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) memainkan peranan penting dalam usaha melestarikan alam sekitar. Dengan penglibatan NGO, kesedaran masyarakat tentang kelestarian alam sekitar dapat dipertingkatkan. Selain itu, dapat menyokong usaha kerajaan dan pihak berkuasa tempatan dalam menjaga kebersihan dan kehijauan persekitaran.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata program ini telah menunjukkan usaha bersepadu NGO bersama pihak berkuasa tempatan (PBT). Terutama dalam meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kelestarian alam sekitar.

alam sekitar
Datuk Nizam mengecat dinding pondok untuk gimik pelancaran

Pelancaran program ini melibatkan pelbagai NGO dan persatuan di Tawau, menunjukkan komitmen bersama dalam memelihara alam sekitar secara berterusan. Beliau ditemui ketika merasmikan Program Rakan Lestari di Persisiran Traulsen.

Kerajaan tempatan dan perumahan Sabah telah memainkan peranan penting dengan mengambil inisiatif untuk menjadikan Rakan Lestari sebagai salah satu badan sukarela yang akan bekerjasama rapat dengan PBT.

Fokus utama program ini adalah memastikan persekitaran kekal bersih, terutama di kawasan awam seperti persisiran pantai dan taman perumahan. Langkah ini mencerminkan usaha kolaboratif yang dapat diperluaskan ke kawasan-kawasan lain di Tawau.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Penglibatan Pelbagai Peringkat Umur

Encik Darmanshah, selaku Pengerusi Rakan Lestari, menjelaskan bahawa program ini bukan sahaja mengumpulkan belia tetapi juga melibatkan pelbagai peringkat umur dalam aktiviti pembersihan.

Program ini disokong oleh Kolej Komuniti, Komuniti Rukun Tetangga, dan Gabungan Belia Tawau. Dengan aktiviti gotong-royong seperti membersihkan persisiran Traulsen, mengecat pondok, dan membuat mural di dinding, program ini telah berjaya memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan belia dan masyarakat setempat terhadap alam sekitar.

alam sekitar
Datuk Nizam ketika ditemuramah media

Kolaborasi antara NGO seperti Rakan Lestari dan PBT adalah penting untuk melaksanakan program kelestarian yang berkesan. Peranan NGO dalam menyediakan sokongan serta mendorong penglibatan komuniti membantu memastikan usaha pelestarian alam sekitar dapat dijalankan dengan lebih mampan.

Inisiatif seperti ini diharap dapat diteruskan secara berkala untuk memastikan persekitaran Tawau kekal bersih dan hijau. Seterusnya memberi manfaat kepada generasi akan datang.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *