Zon Maritim Tawau: Pelupusan Dadah Bernilai RM1.5 Juta

maritim tawau

TAWAU – Dadah jenis syabu seberat 31 kilogram bernilai lebih RM1.5 juta dilupuskan oleh pihak Zon Maritim Tawau dengan kerjasama Cenviro Sdn. Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman, menjelaskan bahawa pelupusan ini dilakukan setelah mendapat perintah rasmi daripada Mahkamah untuk dilucut hak, setelah kes tersebut selesai dibicarakan.

maritim tawau

Dadah yang dimusnahkan ini dirampas oleh unit vesel peronda Maritim Malaysia pada tahun 2022. Kepten Shahrizan menegaskan bahawa pelupusan dilakukan menggunakan kaedah pembakaran melalui incinerator yang diurus sepenuhnya oleh Cenviro Sdn. Bhd. Kaedah ini bukan sahaja efektif tetapi juga mesra alam, memastikan tiada pencemaran alam sekitar berlaku sepanjang proses pelupusan dadah.

Proses ini turut disaksikan oleh pegawai-pegawai penting, antaranya Timbalan Pengarah Zon Pengurusan, Puan Noor Harlina binti Mohamed, Timbalan Pengarah Zon Siasatan, Leftenan Maritim Muhd Haniff bin Mustafa, dan wakil Cenviro Sdn. Bhd, En. Muhammad Lutfi bin Mohd Ramli dan En. Farezal bin Zainal, yang menyumbang dari aspek teknikal dan keselamatan.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Kepten Shahrizan turut menyatakan bahawa ini adalah kali pertama pihak Maritim Malaysia bekerjasama dengan Cenviro Sdn. Bhd untuk memastikan proses pelupusan mematuhi prosedur keselamatan yang ketat. Beliau juga menekankan bahawa Zon Maritim Tawau akan mempergiatkan lagi rondaan di kawasan titik panas, khususnya di sempadan perairan Malaysia-Indonesia, bagi mengekang kegiatan penyeludupan dadah.

maritim tawau

Dalam ucapannya, Shahrizan merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya kepada Cenviro Sdn. Bhd, atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan proses pelupusan dadah ini.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *