TAWAU – Masyarakat memiliki peranan besar dalam membantu dan menyokong saudara-saudara baru yang memasuki Islam, khususnya dalam mempelajari dan memahami prinsip-prinsip agama.
Bengkel keibubapaan yang dianjurkan oleh Persatuan Muallaf Muslimah Sabah bersama Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) ini bertujuan memberi panduan kepada lebih 100 saudara baru di Tawau mengenai perundangan perkahwinan dan perceraian.
Program yang berlangsung di Masjid Al-Kauthar ini berharap dapat memperbaiki pemahaman suami isteri menurut ajaran Islam, yang diambil dari Al-Quran dan As-Sunnah.
Menurut Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang turut menghadiri program ini, beliau menyambut baik usaha ini. Menurut beliau program ini dapat memberi asas keutuhan rumah tangga yang harmoni.
Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah
Ajak Lebih Ramai Bantu Saudara Baru
Program-program seperti ini juga dianjurkan untuk menarik lebih ramai pertubuhan Islam lain untuk bersama membantu saudara baru. Terutamanya belia, memahami isu-isu perkahwinan dengan lebih mendalam.
Bengkel ini bukan hanya sekadar memberi pendedahan mengenai perundangan, tetapi juga berfungsi sebagai platform untuk saudara baru saling berhubungan dan menyokong sesama mereka.
Selain itu, penganjuran program seumpama ini amat penting dalam mengurangkan salah faham tentang tanggungjawab perkahwinan dan hak suami isteri.
Dengan pemahaman yang lebih jelas tentang alam rumah tangga menurut Islam, adalah diharapkan kes perceraian dapat dikurangkan. Hal ini sekali gus memastikan kehidupan keluarga yang lebih stabil dan harmoni. Program ini menjadi bukti betapa pentingnya pendidikan dalam membentuk keluarga muslim yang sejahtera dan berkualiti.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.