Futsal Piala Presiden SAFA Tawau: Mencungkil Bakat Anak Muda Tawau

TAWAU – Kepentingan penglibatan SAFA Tawau dalam membangunkan bakat sukan bola sepak dan futsal di kalangan anak muda Tawau tidak dapat dinafikan. Pertandingan Futsal Piala Presiden SAFA Tawau menjadi platform utama untuk mencungkil bakat baru di daerah ini. Selain itu, memberi peluang kepada pemain muda mengetengahkan potensi mereka.

futsal

Menurut Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Presiden SAFA Tawau merangkap Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, pertandingan ini adalah program tahunan yang telah lama dianjurkan dan mempunyai nostalgianya tersendiri. Pada tahun 2024, sebanyak 31 pasukan menyertai pertandingan ini, dengan hadiah wang tunai lebih tinggi diberikan kepada juara iaitu RM6,000.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Datuk Nizam menekankan bahawa pertandingan ini bertujuan melahirkan pemain profesional seperti Ridzwan Bakri. Seorang pemain asal Tawau yang kini bermain untuk pasukan futsal JDT dan skuad kebangsaan. “Pertandingan ini adalah medan terbaik untuk anak muda Tawau menjadi pemain lebih baik, selain mencintai sukan futsal dan bola sepak,” katanya.

Selain futsal, SAFA Tawau juga aktif menganjurkan liga bola sepak padang dan liga veteran. Hal ini tidak lain dan tidak bukan bertujuan menarik lebih ramai masyarakat Tawau ke arah gaya hidup sihat melalui sukan.

futsal

Sebagai langkah penambahbaikan, dicadangkan agar SAFA Tawau memperluaskan program pencarian bakat dengan mengadakan klinik futsal berkala dan melibatkan jurulatih profesional. Inisiatif ini diyakini mampu melahirkan lebih ramai pemain berbakat untuk membawa nama Tawau ke pentas kebangsaan dan antarabangsa.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *