Rumah Mesra SMJ: Harapan Baru Buat Golongan Memerlukan

TAWAU – Rakyat Sabah kini menarik nafas lega dengan inisiatif Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ). Inisiatif ini merupakan sebuah program yang bertujuan membantu golongan memerlukan dan berdaftar di bawah e-Kasih.

Program ini memberikan peluang kepada rakyat yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri di tanah milik mereka. Hal ini menjadikan impian untuk memiliki kediaman yang selesa akhirnya menjadi kenyataan.

golongan memerlukan

Dalam satu majlis penyerahan kunci Rumah Mesra SMJ di DUN Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, menzahirkan rasa syukur atas keprihatinan kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Hj Noor.

“Kerajaan telah membantu rakyat miskin yang selama ini berusaha mengumpul duit untuk membina rumah tetapi tidak kesampaian. Melalui inisiatif ini, impian mereka menjadi realiti,” katanya.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Beliau juga menyatakan bahawa hasil daripada pendapatan negeri yang meningkat telah dikembalikan kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif seperti program ini. Di kawasan DUN Apas, sebanyak 40 buah Rumah Mesra SMJ telah siap dibina pada tahun 2022 dan 2023. Sementara 13 buah rumah untuk kuota 2024 telah siap dan berbaki 7 lagi rumah yang sedang disiapkan dalam fasa akhir.

Ketua Menteri Sabah menerusi Bajet Sabah 2025 telah meningkatkan jumlah rumah daripada 20 kepada 40 unit setiap DUN. Hal ini menunjukkan keprihatinan terhadap rakyat miskin dan memerlukan.

golongan memerlukan

Seorang penerima rumah, Ismail Keling, tidak dapat menyembunyikan rasa syukurnya. Beliau menyatakan bahawa bantuan ini bukan sahaja memberikan tempat berteduh, tetapi juga harapan baru kepada mereka yang terkesan oleh kesempitan hidup.

Dengan inisiatif ini, rakyat Sabah melihat masa depan yang lebih cerah. Harapan kini terletak pada kesinambungan usaha seperti ini untuk membantu lebih ramai rakyat keluar dari kepompong kemiskinan dan mencapai kehidupan yang lebih baik.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *