Jambatan Menghubungkan Kampung Pasir Putih dan Kampung Logpond: Harapan Baharu untuk Komuniti Setempat

TAWAU – Di Kampung Pasir Putih dan Kampung Logpond, perancangan pembinaan jambatan yang menghubungkan kedua-dua kawasan ini bakal membawa impak besar kepada kehidupan masyarakat setempat.

Jambatan ini bertujuan menangani kesesakan lalu lintas yang sering berlaku. Hal ini terutamanya berlaku pada musim perayaan dan cuti sekolah, di samping meningkatkan kemudahan pengangkutan untuk penduduk setempat.

jambatan

Jambatan Logpond – Pasir Putih

Datuk Andi Suryady Bandy, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah merangkap Ahli Parlimen Kalabakan, menyatakan bahawa projek ini telah dimasukkan dalam cadangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) dan menjadi agenda utama beliau.

“Jambatan ini adalah projek berimpak tinggi yang akan memberikan banyak manfaat kepada masyarakat setempat,” ujarnya ketika ditemui selepas menyerahkan rumah SMJ kepada salah seorang penerima.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Dalam program tersebut, Datuk Andi turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah. Hal ini kerana usaha beliau dalam meningkatkan jumlah rumah SMJ kepada 40 unit bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri.

Beliau berharap pemberian rumah ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan, seperti penerima Norhaiti Binti Latah. Beliau telah kehilangan rumah akibat kebakaran sejak beberapa tempoh yang lepas.

jambatan

Inisiatif seperti jambatan dan rumah SMJ ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam menyediakan kemudahan asas yang berkualiti. Perkara ini sekali gus memperkukuh kesejahteraan rakyat. Projek ini bukan sahaja akan mempermudah pergerakan penduduk, malah meningkatkan potensi ekonomi di kedua-dua kawasan tersebut.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *