TAWAU – Kampung Titingan, salah satu kawasan dalam Dewan Undangan Negeri Apas, telah menjadi contoh perpaduan masyarakat yang patut dicontohi oleh kampung-kampung lain di daerah ini.
Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah dalam satu majlis karnival sukan komuniti belia yang dianjurkan oleh ketua-ketua blok dan Bomba Komuniti Kampung Titingan, melahirkan rasa sukacita terhadap semangat kerjasama dan persefahaman yang kukuh di kalangan penduduk.
