Kriket di Tawau: Melangkah Jauh dengan Fasiliti dan Bakat Baharu

kriket

TAWAU – Sukan kriket kini semakin diminati oleh masyarakat di daerah Tawau, Sabah. Dengan fasiliti seperti net batting yang disediakan, ia membantu pemain menjalani latihan dengan lebih efektif.

Selain itu, penglibatan menyeluruh melibatkan pemain, jurulatih, pengadil, dan fasiliti latihan menjadi tunjang utama dalam membangunkan ekosistem kriket yang mantap di kawasan ini.

kriket

Pertandingan Kriket Piala Datuk Andi Suryady adalah contoh usaha bersama Tawau Teachers Cricket Club dan Pusat Khidmat Parlimen Kalabakan. Dirasmikan oleh Datuk Andi Suryady, pertandingan ini melibatkan kategori bawah 12, 15, dan 18 tahun. Pertandingan ini bertujuan mencari bakat baharu serta mempersiapkan pasukan Sabah Games.

Kalabakan sebagai pusat sukan kriket Sabah turut memperkukuhkan kedudukannya sebagai “power house” dalam sukan ini.

Pada majlis yang sama, turut berlangsung perasmian tapak latihan net kriket yang terletak di tepi Padang A Kompleks Sukan Tawau. Fasiliti ini, dicadangkan sejak 2022 dan kini siap digunakan. Fasiliti ini akan memberi ruang untuk para pemain berlatih serta memupuk minat masyarakat terhadap sukan kriket.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Adik Hamzah Panggi, anak jati Tawau yang kini merupakan Naib Kapten Pasukan Kriket Malaysia bawah 19 tahun, memulakan perjalanan kriketnya di usia 10 tahun di bawah bimbingan Cikgu Sophian Lahidu. Berkat usaha gigihnya, Hamzah kini menuntut di Sekolah Sukan Bukit Jalil dan pernah bermain dalam Perlawanan Kelayakan Piala Dunia.

Cikgu Sophian, Setiausaha TTCC, yang sudah 25 tahun berkecimpung dalam sukan ini, telah berjaya melahirkan ramai pemain berbakat untuk daerah, negeri, dan kebangsaan. Usaha beliau bersama komuniti di Tawau terus menjadi inspirasi untuk melahirkan lebih ramai pemain berkualiti.

kriket

Dengan sokongan padu daripada masyarakat, fasiliti yang lengkap, dan usaha tanpa henti daripada individu seperti Cikgu Sophian, Tawau berpotensi besar untuk menjadi hab utama sukan kriket di peringkat negeri dan kebangsaan.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *