Pos Felda Selatan: Benteng Strategik Keselamatan Kalabakan

KALABAKAN – Pos Felda Selatan telah menjadi salah satu pos keselamatan penting di persempadanan Kalabakan, Sabah. Pos ini dirasmikan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan.

Pos ini mula diduduki pada 3 Disember lalu dengan peranan utama memastikan keselamatan persempadanan negara. Pemilihan lokasi strategik pos ini dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuk kebenaran daripada kerajaan negeri dan aspek taktikal operasi.pos felda selatan

Terletak hanya 14 kilometer dari sempadan Indonesia, lokasi ini memberikan kelebihan pertahanan dari sudut strategik dan keberkesanan operasi.

Pos ini bertujuan untuk mengimbangi bilangan pos keselamatan yang dimiliki oleh negara jiran, memperkukuh kawalan keselamatan sempadan, serta membanteras ancaman seperti penyeludupan dan jenayah terancang.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Kos pembinaan pos ini sebanyak RM 1.8 juta merangkumi fasiliti lengkap seperti blok kediaman, pentadbiran, stor, dan pos keselamatan. Rekabentuk standardnya memastikan keselesaan anggota yang bertugas dalam suasana kondusif, sejajar dengan komitmen kerajaan untuk memperkukuh pertahanan negara.

Jeneral Tan Sri Hafizuddeain turut menyampaikan penghargaan kepada kerajaan negeri dan persekutuan atas kerjasama erat dalam merealisasikan pembinaan pos ini

pos felda selatan

Dalam lawatannya, Jeneral Tan Sri Hafizuddeain turut meninjau secara dekat kesiapsiagaan anggota yang berada dalam keadaan baik. Selain itu, turut meninjau pelaksanaan operasi di sempadan Sabah-Indonesia.

Dengan pos ini, harapan diletakkan agar keselamatan di Kalabakan dapat terus dijamin, seterusnya membina keyakinan rakyat terhadap keberkesanan kawalan persempadanan negara.

Tetamu kehormat lain yang hadir termasuk Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi; Panglima 5 Divisyen, Mej Jen Dato’ Haji Noorrul Azril bin Ariffin; Panglima 13 Briged, Brig Jen Hashim bin Osman; dan pegawai-pegawai kanan tentera darat.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *