Tun Musa Aman: TYT Sabah ke-11

Pada 17 Disember 2024, Tan Sri Musa Aman secara rasmi dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah yang ke-11. Pelantikan beliau disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang turut menganugerahkan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.), memberi gelaran baharu, Tun Musa Aman.
musa aman
Tokoh ini dijangka mula memikul tugas sebagai TYT pada 1 Januari 2025, menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang berkhidmat selama 13 tahun.

Latar Belakang dan Profil Tun Musa Aman

Tun Musa Aman, yang kini berusia 73 tahun, dilahirkan pada 30 Mac 1951 di Beaufort, Sabah. Beliau adalah individu yang berjasa besar dalam politik Sabah dan dikenali sebagai seorang pemimpin berwawasan.

Dalam kehidupan peribadi, beliau adalah suami kepada Datuk Hajjah Faridah Haji Tussin dan ayah kepada empat anak (tiga lelaki, satu perempuan).

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Pendidikan

Tun Musa memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Kerajaan Mempagar dan Sekolah St. Paul di Beaufort. Di peringkat menengah, beliau menimba ilmu di Maktab Sabah dan Sekolah Menengah All Saints, Kota Kinabalu.

Untuk pengajian tinggi, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Edith Cowan University, Australia.

Kerjaya Korporat dan Politik

Beliau memulakan kerjaya dalam bidang korporat sebelum beralih ke politik. Beliau pernah menjadi Pengerusi City Finance Berhad (1993-1995) dan Ketua Eksekutif Innoprise Corporation (1995).

Dalam politik, beliau mula aktif pada tahun 1980 dan memainkan peranan penting dalam UMNO Sabah, termasuk sebagai Bendahari dan Ketua Bahagian UMNO Libaran.

musa aman

Sebagai Ketua Menteri Sabah dari 2003 hingga 2018, Tun Musa berjaya meningkatkan pembangunan infrastruktur dan ekonomi negeri. Kepimpinan beliau telah mendapat pengiktirafan, termasuk penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Ekonomi Pembangunan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 2023.

Pelantikan sebagai TYT Sabah

Semoga dengan pelantikan Tun Musa sebagai TYT Sabah dapat membawa aspirasi baharu untuk rakyat Sabah. Diharapkan Tun Musa Aman berjaya dalam melaksanakan tanggungjawab ini dan membawa Sabah ke arah lebih cemerlang.

Sumber :

  1. Politik : https://www.scribd.com/document/324637356/Politik-Musa-Aman
  2. Biodata : https://www.mywilayah.com/2022/12/biodata-tan-sri-datuk-seri-panglima.html
  3. Menteri Berpengalaman: https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2374439
  4. Terima Ijazah: https://www.sabahbarunews.com/?p=34461

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *