Keperluan Perumahan PPRT di Tawau: Penyelesaian Isu Setinggan dan Risiko Kebakaran

perumahan

TAWAU – Keperluan perumahan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) semakin mendesak untuk menangani isu setinggan di kawasan Tawau. Hal ini berpotensi mengurangkan risiko kehilangan harta benda dan ancaman nyawa akibat kebakaran besar. Perkara ini seperti yang berlaku di Kampung Sri Aman, Batu 3 baru-baru ini.

Ahli Parlimen Tawau, YB Datuk Lo Su Fui, dalam temubualnya bersama media di pusat pemindahan sementara di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau, menyampaikan salam takziah kepada lebih 600 penduduk yang terjejas dalam kebakaran tersebut, yang memusnahkan lebih 80 buah rumah.

perumahan

“Saya difahamkan situasi ini amat mencabar buat penduduk yang kehilangan tempat tinggal dan segala harta benda mereka. Kami sedang mengusahakan bantuan makanan, kewangan, dan barangan keperluan asas seperti susu dan lampin,” kata Datuk Lo.

Beliau turut memaklumkan YB Datuk Nizam selaku ADUN Apas akan memohon peruntukan daripada kerajaan negeri Sabah. Hal ini untuk menyediakan tempat berteduh sementara bagi mangsa. Namun, menurut Datuk Lo, penyelesaian jangka panjang amat diperlukan untuk mengelakkan kejadian serupa berulang.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Keperluan Perumahan PPRT

“PPRT adalah satu-satunya cara berkesan untuk menangani isu setinggan dan mencegah kebakaran. Selain itu, ia dapat membantu mengurangkan masalah sosial dan jenayah yang sering dikaitkan dengan kawasan penempatan tidak formal ini,” tambah beliau.

Datuk Lo juga menyeru kerajaan persekutuan, khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), agar memberi perhatian kepada pembinaan PPRT di kawasan ini. “Kita perlu melindungi nyawa penduduk dan memastikan mereka mempunyai tempat tinggal yang selamat,” tegasnya.

perumahan

Kebakaran di Kampung Sri Aman bukan sahaja menonjolkan risiko tinggi di kawasan setinggan, tetapi juga menjadi peringatan penting tentang keperluan infrastruktur perumahan yang lebih terancang dan selamat bagi masyarakat yang terjejas.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *