Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Tawau 2025: Menyemarakkan Syiar Islam

TAWAU – Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Tawau yang berlangsung dengan penuh kesungguhan menyaksikan penyertaan 8 peserta, terdiri daripada lima qari lelaki dan tiga qariah wanita. Acara yang dikelolakan oleh Majlis Perbandaran Tawau ini terus menjadi platform penting dalam mencungkil bakat qari dan qariah berbakat dari Tawau.
tilawah al-quran

Menurut YB Datuk Rina Hj Jainal, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Sabah merangkap ADUN Kukusan, program ini adalah usaha konsisten yang membuahkan hasil membanggakan. “Kita telah melihat qari dan qariah dari Tawau muncul sebagai Johan dan Naib Johan di peringkat negeri. Ini bukti keberkesanan usaha berterusan pihak penganjur,” ujarnya ketika ditemui di majlis tersebut.

YB Datuk Rina turut menekankan kepentingan al-Quran sebagai panduan hidup umat Islam. Selain itu, turut menyemai nilai-nilai murni yang harus diterapkan dalam kehidupan seharian. “Majlis seperti ini bukan sekadar pertandingan, tetapi juga platform membentuk keperibadian unggul berasaskan panduan al-Quran,” tambah beliau.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Bagaimanapun, jumlah peserta tahun ini sedikit menurun disebabkan faktor masa, memandangkan bulan Ramadan yang semakin hampir memendekkan tempoh pemilihan peserta. Beliau optimis bahawa dengan tempoh pemilihan yang lebih panjang pada masa akan datang, lebih ramai peserta berpotensi dapat diketengahkan.

Pemenang majlis ini akan melangkah ke peringkat bahagian pada 5 Februari 2025, seterusnya berpeluang mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. YB Datuk Rina mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat, khususnya jawatankuasa pelaksana dan Majlis Perbandaran Tawau, atas dedikasi memastikan tradisi ini terus hidup.

tilawah al-quran

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Tawau bukan sekadar acara tahunan, tetapi satu manifestasi kesungguhan masyarakat Tawau dalam memperkukuh syiar Islam. Selain itu, turut mencungkil bakat baharu yang bakal menjadi kebanggaan Sabah di peringkat nasional dan antarabangsa.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *