Wanita Dituduh Perampas Suami Orang, Diserang Lima Wanita

TAWAU – Seorang wanita berusia 36 tahun cedera selepas dipercayai diserang oleh lima individu di kawasan parkir sebuah hotel pada Isnin lalu. Insiden yang berlaku sekitar jam 11 pagi itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan serta pendarahan di bahagian muka dan kepala.

Difahamkan, kejadian itu berpunca apabila mangsa yang berstatus ibu tunggal dituduh sebagai perampas suami orang. Namun, perkara ini dinafikan dan mendakwa kekasihnya masih bujang.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata pihaknya menerima laporan daripada wanita itu sendiri pada jam 4.41 petang, pada Rabu.

Katanya, wanita terbabit mendakwa telah diserang dan dicederakan oleh lima wanita pada 30 Disember lepas. Kejadian tersebut berlaku di kawasan tempat meletak kenderaan di hadapan sebuah hotel.

“Selain itu, keempat-empat tayar kereta wanita ini juga telah dipancitkan dipercayai perbuatan khianat semua suspek terbabit. “Susulan itu, polis bertindak menjalankan tangkapan ke atas semua suspek yang berusia 16 hingga 62 tahun terbabit untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.

Menurutnya, semua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. Seksyen ini adalah untuk kesalahan merusuh dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Jasmin berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan orang ramai digesa supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya menjaga keamanan dan tidak mengambil tindakan melulu yang boleh mencetuskan keganasan.

“Kes ini juga menjadi peringatan masyarakat bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang melakukan keganasan. Hal ini dilakukan bagi memastikan keselamatan orang awam terpelihara,” katanya – UTUSAN BORNEO

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *