TAWAU – Program Jiwa Komuniti Madani Sembang Santai Peringkat Daerah Tawau telah dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Tawau. Program ini turut disertai oleh 21 Komuniti Madani di kawasan Daerah Tawau dan Kalabakan.
YB Datuk Rina Jainal,Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Sabah, telah merasmikan program tersebut di Dewan Heritage Hotel Emas, Ahad lalu. Rina berkata tujuan program ini dilakukan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim diantara para pemimpin dan masyarakat setempat bagi membangunkan sebuah komuniti yang baik. “Dengan adanya program ini, kita dapat membantu masyarakat dari segi perkara atau isu-isu setempat bagi disuarakan dan dibawa ke peringkat kerajaan.

” Melalui program ini, pihak Komuniti Madani harus memainkan peranan penting sebagai badan sukarela yang menguhubungkan pihak kerajaan dengan masyarakat setempat. Hal ini bagi membantu menangani isu-isu semasa,” katanya. Difahamkan juga, 21 pemimpin Komuniti Madani yang menyertai program ini bagi mewakili kawasan-kawasan komuniti madani di daerah Tawau dan Kalabakan.
Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah
Beliau juga berkata, masyarakat setempat seharusnya menyertai komuniti-komuniti sebegini kerana ia memberikan manfaat. Selain itu, turut dapat memberikan kebaikan bagi membangunkan sesebuah komuniti yang produktif dan efisien.” Komuniti Madani juga adalah jentera komunikasi dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat selain mendapatkan maklum balas rakyat di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.70 Kukusan berkata demikian semasa ditemui media disini, Ahad lalu. Oleh yang demikian,beliau berharap dengan adanya program ini, kita dapat memupuk semangat Malaysia Madani dalam diri kita demi menjadi generasi yang membangunkan sesebuah perpaduan.
Turut hadir, Pegawai Penerangan Daerah Tawau, Azuary Abdul Azis dan Penolong Pengarah Cawangan Perhubungan dan Pembangunan Masyarakat, Mujahid Halpi.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.