KKDW Peruntuk RM1.11 Bilion untuk Sabah di Bawah RMKe-12

TAWAU – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) terus menunjukkan komitmen tinggi dalam membangunkan Sabah. Komitmen ini diterjemah dengan memperuntukkan lebih RM1 bilion setiap tahun di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Pada tahun ini, menerusi Rolling Plan Kelima (RP5), Sabah menerima peruntukan sebanyak RM1.11 bilion, bersamaan 14.8 peratus daripada keseluruhan RM7.49 bilion peruntukan pembangunan KKDW. Peruntukan ini melibatkan 317 projek yang akan memberi manfaat besar kepada masyarakat luar bandar di negeri ini.

kkdw
Ahmad Zahid ketika berucap di Majlis Perasmian Penutuapn Sentuhan Kasih Desa

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KKDW, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, turut mengumumkan bahawa sebanyak RM18.78 juta diperuntukkan khusus untuk pembangunan di daerah Tawau.

Dana ini digunakan bagi pelaksanaan pelbagai projek yang merangkumi kemudahan awam, infrastruktur perhubungan, dan utiliti desa. Antara projek utama yang akan dilaksanakan di Tawau termasuk pembinaan Jalan Luar Bandar (JALB) dan Jambatan Luar Bandar (JMLB) yang menelan kos RM5.67 juta.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Selain itu, projek penyediaan Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) turut diperuntukkan masing-masing sebanyak RM5.39 juta dan RM6.74 juta. Hal ini bagi memastikan akses lebih baik kepada keperluan asas masyarakat luar bandar.

Beliau berkata demikian dalam Program Sentuhan Kasih Desa @ Tawau, sebuah inisiatif KKDW. Program ini bertujuan untuk membawa perkhidmatan kerajaan lebih dekat kepada rakyat, khususnya di kawasan luar bandar.

kkdw
Ahmad Zahid bersama tetamu kehormat yang lain dalam gimik perasmian

Program ini mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran lebih 15,000 pengunjung. Pengunjung yang hadir mengambil peluang untuk mendapatkan maklumat serta manfaat daripada pelbagai perkhidmatan yang disediakan. Dengan peruntukan besar dan program sebegini, KKDW terus berusaha memastikan kesejahteraan rakyat Sabah melalui pembangunan berterusan. Seterusnya mendapat akses lebih baik kepada kemudahan asas.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *