KUKUSAN – Bantuan awal persekolahan memainkan peranan penting dalam meringankan beban kewangan ibu bapa, terutama bagi golongan berpendapatan rendah.
Ia memastikan anak-anak mendapat kelengkapan persekolahan yang mencukupi, sekaligus memberi motivasi untuk memulakan sesi persekolahan dengan semangat baru.

Bantuan Awal Persekolahan
YB Datuk Rina Jainal, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Sabah merangkap ADUN Kukusan, menyampaikan bantuan awal persekolahan sebanyak RM150 kepada 56 murid Tahun 1 di SK Kukusan.
Bantuan ini merupakan inisiatif kerajaan melalui Kementerian Pendidikan yang diagihkan secara berperingkat sejak sebelum cuti sekolah, bagi memastikan semua murid menerima manfaat sebelum sesi persekolahan bermula.
Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah
Beliau turut mengambil kesempatan untuk mendengar isu setempat, termasuk kesesakan lalu lintas semasa waktu persekolahan. Selain itu, beliau turut berkongsi mengenai kepentingan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah serta PIBG.
Menurut beliau, kerjasama antara ibu bapa, guru, dan pelajar amat penting dalam meningkatkan kemenjadian murid serta membentuk generasi yang lebih mandiri dan produktif.

Sebagai tambahan, beliau turut menyumbangkan RM5,000 kepada PIBG SK Kukusan bagi menyokong pelaksanaan program sekolah sepanjang tahun 2025. Dengan adanya sokongan daripada pelbagai pihak, diharapkan usaha ini dapat terus membantu pelajar dan meningkatkan kualiti pendidikan di kawasan Kukusan.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.