Pentingnya Pendaftaran Madrasah dan Tahfiz di Tawau untuk Akses Bantuan Kerajaan

TAWAU – Madrasah dan pusat tahfiz di Tawau memainkan peranan penting. Terutama dalam mendidik generasi muda agar mahir dalam bacaan serta hafalan Al-Quran.

Namun, bagi memastikan institusi ini dapat berkembang dengan baik dan menerima sokongan penuh daripada kerajaan, adalah penting untuk semua madrasah dan pusat tahfiz berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Pendaftaran ini bukan sahaja memudahkan pemantauan tetapi juga memastikan bantuan yang diperuntukkan oleh kerajaan dapat disalurkan dengan lebih sistematik.

madrasah
Datuk Nizam menyampaikan hadiah kepada pemenang

Kepentingan Pendaftaran Madrasah Dan Tahfiz

YB Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah merangkap ADUN Apas, menekankan kepentingan pendaftaran madrasah dan tahfiz untuk mendapatkan sokongan penuh kerajaan.

“Saya ingin menasihatkan agar semua madrasah dan tahfiz di Tawau ini segera mendaftarkan institusi mereka dengan JAKIM dan JHEAINS. Hal ini supaya lebih mudah bagi pihak kerajaan menyalurkan bantuan.

Dengan adanya bantuan ini, madrasah dan tahfiz dapat menjalankan aktiviti dengan lebih baik. Hal ini sekaligus dapat memperbanyakkan lagi hafiz dan hafizah termasuk qari dan qariah yang lebih berkualiti,” katanya.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Perasmian Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Tawau yang berlangsung di Masjid Al-Kauthar, Tawau.

Dalam ucapannya, beliau turut menyatakan rasa syukur atas kejayaan Zon Tawau menganjurkan majlis hafazan dan tilawah Al-Quran bagi tahun 2025. “Mudah-mudahan juara qari dan qariah, hafiz dan hafizah yang mewakili Zon Tawau dapat memperbaiki bacaan mereka. Hal ini supaya mendapat kedudukan lebih baik di peringkat negeri yang akan diadakan pada pertengahan Februari ini,” tambahnya.

madrasah
Datuk Nizam ketika ditemui media

Majlis tersebut menyaksikan Johan bagi qari dan qariah dimenangi oleh pasangan adik-beradik dari Semporna iaitu Abdullah Abdul Wahid, 46, dan Norasmah Abdul Wahid, 20.

Turut hadir dalam majlis ini ialah ADUN Balung, Datuk Hamild Awang; Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Mohd Shoffian Mohd Said; dan Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Tawau, Kahar Sundu.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *