Sukan Memanah Tradisional Kian Digemari Semua Golongan

TAWAU – Sukan memanah tradisional kini semakin mendapat tempat di hati masyarakat, merangkumi pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Minat terhadap sukan ini bukan sahaja dipacu oleh elemen sejarah dan budaya, tetapi juga manfaatnya dalam meningkatkan fokus, kesabaran, dan ketahanan fizikal.

Keunikan sukan ini yang tidak bergantung pada kekuatan semata-mata menjadikannya sesuai untuk lelaki dan wanita dari pelbagai peringkat umur. Hal ini menjadikan ia satu aktiviti rekreasi yang semakin popular.

memanah
Datuk Nizam menerima Cenderahati Kenangan daripada penganjur

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, YB Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, dalam temubualnya semasa merasmikan Kejohanan Memanah Tradisional Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah, menzahirkan rasa bangga dengan penganjuran acara ini yang memilih Tawau sebagai lokasi bagi tahun 2025.

Beliau mengucapkan syabas kepada Sabah Traditional Archery Association (STARA) dan Kelab Memanah Tradisional Tawau (PERMATA) atas kejayaan menganjurkan kejohanan ini. Kejohanan ini bertujuan mencari pemanah terbaik untuk mewakili Sabah ke kejohanan kebangsaan di Melaka pada Mei nanti.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Beliau turut berharap lebih ramai pemanah dapat diketengahkan serta digilap bakatnya kerana sukan ini semakin menarik minat ramai. Malah, beliau menyatakan harapan agar sukan memanah tradisional dapat diiktiraf dalam temasya sukan seperti Sukan Malaysia (SUKMA) dan Sukan Sabah.

Sebagai penaung PERMATA, beliau sentiasa menyokong perkembangan sukan memanah di Tawau dan Sabah secara keseluruhannya. Beliau juga sentiasa berusaha membantu kelab-kelab yang menganjurkan aktiviti berkaitan.

Memanah
Sidang Media bersama Datuk Nizam

Dengan sambutan yang semakin meluas, sukan memanah tradisional dijangka terus berkembang sebagai salah satu sukan yang bukan sahaja menguji kemahiran, tetapi juga mengukuhkan warisan budaya dan perpaduan masyarakat.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *