Usaha Bantu Tingkatkan Sosioekonomi Pelayan Sabah

sosioekonomi

TAWAU – KO-NELAYAN terus memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan sosioekonomi nelayan di Sabah. Khususnya mereka yang berada dalam kategori miskin dan miskin tegar. Sejajar dengan objektifnya, KO-NELAYAN telah melaksanakan program pemodenan nelayan asnaf melalui inisiatif Nelayan Digital, yang menggunakan aplikasi eSmart untuk membantu nelayan mengenal pasti lokasi ikan dengan lebih tepat dan pantas.

sosioekonomi
Tetamu Kehormat menyampaikan hadiah kepada para nelayan

Menurut Ketua Bahagian Perancangan Dan Pembangunan Strategik Ko-Nelayan, Encik Salleh Obong, aplikasi ini menggunakan teknologi remote sensing. Aplikasi ini berasaskan satelit dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia. Dengan maklumat lokasi ikan yang lebih tepat, nelayan dapat mengurangkan kos operasi dan meningkatkan hasil tangkapan mereka.

Latihan turut diberikan kepada nelayan, khususnya golongan asnaf, bagi memastikan mereka dapat menggunakan aplikasi ini dengan berkesan. Berdasarkan data e-Kasih, terdapat 3,096 nelayan miskin di pesisir pantai Sabah. Daerah seperti Semporna, Sandakan, dan Pitas mencatatkan jumlah tertinggi.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Tanggungjawab Tingkatkan Sosioekonomi Nelayan

Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Berhad, Encik Zafri Bin Ab Halim, menjelaskan bahawa program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab zakat korporat Etiqa. Berbeza dengan bantuan sebelum ini seperti pemberian pukat dan baik pulih jeti, program kali ini lebih menumpukan kepada pemodenan dan peningkatan pendapatan nelayan. Sebanyak RM250,000 telah diperuntukkan untuk merealisasikan inisiatif ini.

Seorang nelayan, Julaspi Bin Hashim, turut berkongsi pengalamannya menggunakan aplikasi eSmart. Menurutnya, sebelum ini mereka turun ke laut tanpa perancangan yang jelas, tetapi kini mereka dapat mengetahui lokasi ikan dengan lebih tepat. Teknologi ini membantu mereka merancang perjalanan, menjimatkan masa, dan meningkatkan hasil tangkapan daripada kurang 200kg sehari kepada lebih 600kg.

sosioekonomi
Encik Salleh Obong, wakil daripada pihak Ko-Nelayan ketika ditemubual bersama media

Majlis perasmian program “1 Nelayan 1 Pukat”, anjuran KO-NELAYAN dengan kerjasama Etiqa Family Takaful Berhad dan Pertubuhan Kebajikan Hawariyyun, turut berlangsung sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan sosioekonomi nelayan Sabah. Program ini menjadi bukti kesungguhan pihak berkaitan dalam memperkasakan sektor perikanan dan memastikan kebajikan nelayan terus terbela.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *