2,500 Anak Yatim Terima Sumbangan Daripada USIA Tawau

usia

TAWAU ā€“ Seramai 2,500 anak yatim diraikan dalam satu majlis penyampaian sumbangan yang dianjurkan oleh USIA Tawau dengan kerjasama Persatuan Islam Tawau serta Jawatankuasa Masjid Bandar dan Masjid Raya.

Majlis ini telah diadakan secara tahunan sejak tahun 2011 ini oleh USIA Tawau ini bertujuan untuk meringankan beban anak-anak yatim. Selain itu untuk memberi kegembiraan kepada mereka menjelang sambutan Aidilfitri.

usia
Datuk Nizam menyampaikan sumbangan kepada anak yatim

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah merangkap ADUN Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, yang hadir menyampaikan sumbangan memuji inisiatif ini. Seterusnya berharap usaha sebegini dapat diteruskan serta menjadi contoh kepada masjid-masjid lain.

“Saya melihat inisiatif ini sebagai satu usaha yang cukup baik kerana ia dapat membantu keluarga yang mempunyai anak yatim, terutama dalam persiapan menyambut Aidilfitri. Program ini dimulakan sejak tahun 2011 dan alhamdulillah, ia masih diteruskan hingga ke hari ini, sudah 14 tahun menyantuni anak-anak yatim,” katanya.

Beliau turut berkongsi bahawa daripada 5,000 anak yatim yang berdaftar, seramai 2,500 layak menerima sumbangan tahun ini.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Datuk Nizam juga mengucapkan penghargaan kepada para penyumbang yang telah memberikan sumbangan kepada Tabung Anak Yatim yang disediakan di Masjid Raya dan Masjid Bandar. Menurutnya, keprihatinan masyarakat dalam membantu golongan memerlukan adalah satu amalan yang sangat mulia.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah membantu melalui tabung anak yatim. Inilah yang telah memberikan keceriaan kepada anak-anak yatim kita. Saya yakin ini adalah amal jariah yang pahalanya akan berterusan walaupun kita sudah kembali kepada Allah SWT.”

Beliau turut menyeru lebih ramai individu dan organisasi untuk bersama-sama menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Hal ini kerana amalan sebegini bukan sahaja meringankan beban mereka, malah menjadi satu bentuk ibadah yang besar ganjarannya.

usia
Datuk Nizam ketika ditemui media

Program ini dapat memberi peluang kepada anak-anak yatim untuk merasai kasih sayang dan perhatian daripada masyarakat. Dengan adanya inisiatif seperti ini, diharapkan lebih ramai golongan yang kurang bernasib baik akan dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik dan ceria.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *