Anak Muda Harus Memahami Kuasa Undi

TAWAU –  Program Rakan Demokrasi Kuasa Orang Muda Jelajah Borneo telah diadakan di Kolej Komuniti Tawau. Program ini dilaksanakan bagi memperkenalkan kepada belia dan anak-anak muda tentang istilah dan maksud sebenar sebuah demokrasi dan mengundi.

Program tersebut telah dianjurkan oleh Kelab NGO Skuad Wanita Harapan Sabah dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan.

YB Datuk Rina Jainal,Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Sabah, telah merasmikan program tersebut serta menjadi penceramah untuk Program Rakan Demokrasi Kuasa Orang Muda Jelajah Borneo.

muda
Datuk Rina memberikan ceramah kepada para pelajar Kolej Komuniti Tawau tentang definisi pengundi.

Rina yang juga ADUN Kukusan itu berkata, setelah 20 lokasi termasuk Kolej Komuniti Tawau ini merupakan hentian terakhir bagi program itu. Jelajah ini telah dilakukan hampir selama 2 bulan sejak bulan 12 tahun 2024.

“Program ini merupakan sebuah inisiatif dan edukasi yang dilakukan oleh pihak kerajaan persekutuan. Hal ini bagi memperkenalkan tentang demokrasi dan pilihanraya kepada pengundi muda yang akan turun mengundi pada pilihanraya yang akan datang.

“Selain itu juga saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah terhadap Kementerian Belia dan Sukan kerana menganjurkan program ini. Kita juga dapat memberikan maklumat dan pengetahuan kepada belia-belia muda terutamanya di kawasan Borneo, Sabah dan Sarawak”,katanya semasa sidang media disini.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Kepentingan Mengundi Kepada Anak Muda

Menurut beliau, sepanjang program ini dianjurkan hampir seluruh anak-anak muda tidak sedar akan kepentingan mengundi dan konsep serta kuasa undi yang mereka pegang.

“Sebelum kursus dan bengkel ini dijalankan, anak-anak muda kurang pengetahuan dan pemahaman berkenaan dengan kuasa undi dan mengundi untuk pilihanraya yang akan datang.

“Bahkan, ada sesetengah peserta yang tidak tahu berkenaan dengan  nama-nama pemimpin-pemimpin setempat serta nama-nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

muda
Sidang Media Bersama Datuk Rina

“Dengan adanya program ini kita dapat menyuntik kesedaran anak-anak muda tentang kepentingan mengundi. Hal ini demi melahirkan generasi yang beredukasi dalam mengundi untuk pilihanraya,” kata beliau.

Rina juga berkata, kita mesti memberikan pemahaman kepada belia-belia ini tentang mengundi.

” Mengundi bukan sahaja sekadar mengundi tetapi mengundi juga mampu memberikan impak yang besar. Selain itu, turut dapat mencorakkan sosioekonomi dan pentadbiran politik serta menentukan dasar-dasar kerajaan,”katanya.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *