MySaveFood Kurangkan Pembaziran Makanan, Lebih 57,000kg Makanan Diselamatkan

TAWAU, 17 Mac – Inisiatif MySaveFood terus menunjukkan keberkesanannya dalam menyelamatkan makanan daripada pembaziran, terutamanya di bazar Ramadan. Program ini telah berjaya menyelamatkan sebanyak 57,991 kilogram makanan di seluruh negara, termasuk 24,543 kilogram yang dikumpulkan oleh Gerakan Pengguna Siswa (GPS), kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Senator Dr. Hajah Fuziah Salleh.

Menurutnya, di Sabah, terdapat 165 ahli GPS daripada 12 institusi pengajian tinggi yang bergilir bertugas secara sukarela. Mereka telah mengumpulkan lebihan makanan dari bazar Ramadan. Sehingga kini, di Tawau sahaja, sebanyak 400 kilogram makanan dan minuman berjaya diselamatkan menerusi program ini.

“MySaveFood bertujuan mengurangkan pembaziran makanan dan memastikan lebihan makanan dapat dimanfaatkan oleh mereka yang memerlukan. Tahun lalu, program ini telah menyelamatkan 60 tan makanan di seluruh negara. Jumlah ini dijangka meningkat pada tahun ini,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Bazar Ramadan Rahmah Sabindo, Tawau, petang tadi.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Beliau turut memaklumkan bahawa program Bazar Ramadan Rahmah semakin berkembang dengan 95 lokasi bazar diwujudkan tahun ini, berbanding 65 pada 2024 dan 41 pada 2023. Di Tawau, seramai 30 peniaga menawarkan Menu Rahmah, dengan harga makanan dikurangkan daripada RM7 kepada RM5.

Selain itu, bantuan e-wallet dalam bentuk baucar RM20 turut diberikan kepada lebih 15,000 pengunjung di seluruh negara. Ini termasuk lebih 1,000 baucar di Bazar Ramadan Sabindo, Tawau.

Katanya lagi, kementerian berharap agar program seperti MySaveFood dan Bazar Ramadan Rahmah dapat diperluaskan bagi memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat. Selain itu turut menggalakkan budaya berbelanja secara berhemah dan mengurangkan pembaziran makanan dalam kalangan masyarakat.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *