Kerjasama Menyeluruh Pacu Pembangunan Bola Sepak Akar Umbi di Tawau

TAWAU –  Ekosistem pembangunan bola sepak akar umbi di daerah Tawau memerlukan kerjasama menyeluruh daripada semua pihak, persatuan, kelab, akademi, ibu bapa serta komuniti – dalam memastikan lebih ramai pemain muda berbakat dapat diketengahkan dan digilap sebagai pelapis masa depan.

Penegasan tersebut disuarakan oleh YB Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah semasa menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-10 Persatuan Bola Sepak Sabah Cawangan Tawau, yang berlangsung di Hotel Heritage.

pembangunan
Datuk Nizam merakam gambar kenangan bersama ahli yang hadir pada mesyuarat agung yang diadakan.

Menurut Datuk Nizam, perjalanan pembangunan bola sepak di Tawau berada di landasan yang baik. Ini merupakan hasil usaha berterusan daripada Persatuan Bola Sepak Sabah (Cawangan Tawau) bersama-sama ahli gabungan termasuk kelab-kelab bola sepak dan futsal yang aktif di daerah ini.

“Kita akan terus mempergiatkan program dan aktiviti bola sepak di Tawau. Penganjuran kejohanan seperti Piala Datuk Tawfiq, Liga Veteran, dan pelbagai pertandingan futsal telah mewarnai perkembangan sukan ini,” jelas beliau.

Tambah beliau yang juga merupakan ADUN Apas berkata tumpuan utama tahun ini adalah untuk mempersiapkan pasukan bola sepak dan futsal Tawau. Persiapan ini adalah untuk menghadapi Sukan Sabah (SAGA Games 2025). Pertandingan ini dijadualkan berlangsung pada penghujung tahun ini di Tawau sendiri.

“Kita menetapkan sasaran untuk menjadi juara dalam kedua-dua acara – bola sepak dan futsal. Ini bukan sekadar impian, tetapi matlamat yang akan dicapai dengan perancangan dan latihan yang rapi,” katanya dengan yakin.

Mesyuarat agung tersebut turut dihadiri oleh barisan majlis tertinggi persatuan, ahli-ahli gabungan termasuk Kelab Bola Kaban, Kelab Futsal Tawaukini. 

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Usaha Pembangunan Bola Sepak Akar Umbi

Salah satu pencapaian yang mendapat pujian adalah pertumbuhan positif beberapa kelab bola sepak yang kini turut mewujudkan akademi bola sepak akar umbi. Hal ini menjadi landasan penting dalam mencungkil dan melatih bakat muda.

“Kita bangga melihat sekurang-kurangnya tiga hingga empat kelab di Tawau telah menubuhkan akademi bola sepak sendiri. Ini sangat penting kerana ia melengkapi usaha persatuan untuk melahirkan pemain dari peringkat umur muda secara berterusan,” tambah Datuk Nizam.

Dalam mesyuarat itu juga, satu keputusan penting telah dicapai iaitu untuk menjalin kolaborasi dengan Akademi Bola Sepak Tawaukini. Akademi ini merupakan sebuah akademi yang aktif melatih dan membangunkan bakat remaja sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Akademi seperti Tawaukini memainkan peranan besar dalam mendidik pemain dari usia muda, bukan sahaja dari aspek kemahiran teknikal, tetapi juga disiplin dan semangat kesukanan. Kita harap kolaborasi ini akan memperkasakan lagi pembangunan pemain muda Tawau,” jelas beliau lagi.

pembangunan
Datuk Nizam ketika ditemui media

Pembangunan bola sepak akar umbi bukan sekadar melahirkan pemain berbakat, tetapi juga menjadi platform pendidikan sosial kepada golongan muda. Terutama dalam membentuk disiplin, kerjasama berpasukan dan jati diri, nilai-nilai penting dalam kehidupan dan pembangunan masyarakat.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *